Wartawan: Assalamualaikum, Cik Nurul.
Nurul : Waalaikumussalam.
Wartawan: Tahniah saya ucapkan atas kejayaan Cik Nurul dalam Kejohanan Silat Olahraga
Peringkat Negeri Pahang ini.
Azura : Terima kasih. Sebenarnya kejayaan ini menjadi milik pesilat-pesilat yang lain dan
jurulatih saya juga. Hal ini demikian kerana mereka sentiasa memberikan dorongan dan
semangat kepada saya dari masa ke masa bagi meningkatkan prestasi.
Wartawan: Bagaimanakah perasaan Cik Nurul apabila berjaya dalam perlawanan akhir itu?
Nurul : Saya seolah-olah tidak percaya apabila diumumkan sebagai pemenang. Saya berasa
sangat gembira setelah berjaya dalam perlawanan akhir tersebut. Saya memang sentiasa
berwaspada dalam perlawanan itu kerana saya tahu, bukan mudah mengalahkannya.
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga mengalahkannya.
Wartawan: Mengapakah Cik Nurul merasakan pesilat itu tidak mudah untuk dikalahkan?
Nurul : Saya berasa demikian kerana pesilat itu adalah juara dalam pertandingan ini pada tahun
lepas.
Wartawan: Saya difahamkan bahawa Cik Nurul lebih suka berlatih dengan pesilat lelaki.
Mengapakah demikian halnya?
Nurul : Saya menginginkan kelainan dalam latihan. Saya percaya bahawa cara itu akan
menjadikan diri saya lebih yakin apabila berhadapan dengan lawan yang lebih besar
tubuhnya.
Wartawan: Akhir sekali, apakah harapan Cik Nurul pada masa depan?
Nurul : Saya berharap agar kejayaan saya ini akan menjadi titik tolak bagi saya dan rakan-rakan
pesilat yang lain untuk terus berjaya dalam mana-mana kejohanan yang lebih besar.
Wartawan: Baiklah CiK Nurul. Terima kasih kerana sudi untuk ditemu ramah.
Nurul : Sama-sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan