*** *** *** *** ***
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".
Hadirin sekalian,
Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kita mesti memastikan telinga sentiasa bersih kerana telinga juga boleh mengalami pelbagai penyakit jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya. Kita perlu membersihkan telinga sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang lembut.
Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta mengelakkan daripada terkena penyakit kulit dan berbau. Badan yang bersih akan menjadi kita sihat dan selesa.
Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kebersihan gigi amat penting untuk mengelakkan daripada kerosakan gigi serta menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa bergaul dengan orang ramai.
Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan kekotoran. Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman yang boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita makan. Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit seperti cirit-birit dan sebagainya.
Hadirin sekalian,
Kita perlu menjaga kebersihan rambut dengan menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.
Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan kebahagiaan hidup kita.
Sekian, terima kasih.
12 ulasan:
Isi karangan ni x cukup....Sepatunya ada 7 perenggan bercampur dengan pendahuluan dan penutup.....Maksud saya,1 pendahuluan,5 isi & 1 penutup........Wassalam.
I agree.....
Awk eja kebahagiaan salah.Awk eja kebahagian...Satu a sahaja,bukan dua.Just saying.....Sorry.
Terima kasih atas teguran. Dah diperbetulkan. Puas hati?
bukan ke..karangan ade 6-7 perenggan..apelah
Karangan awk bleh thn..umr brper???
Minimum 6 prnggn lh
so nice
alhamdulillah siap juga karangan bm
Karangan ada 6 peremgan
Btol tuhh . Adoyay . Nk rujukme lx niyhh . Smwa sme jee .
Btol tuhh . Adoyay . Nk rujukme lx niyhh . Smwa sme jee .
Catat Ulasan