Tulis lima nilai murni atau pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Saya ada memelihara seekor kucing jantan yang sangat comel. Namanya Osin. Saya amat menyayangi Osin kerana Osin sangat manja dan suka dibelai. Setiap kali selepas solat, Osin akan menghampiri saya lalu menggeselkan badannya ke tangan saya. Saya pula menggosok-gosok badan Osin yang gebur itu menyebabkan Osin berdengkur 'burr! burr! burr! dengan kuatnya.
Osin juga selalu berkelahi jika bertemu dengan kucing jantan lain di luar rumah. Saya berasa amat bimbang kerana takut Osin cedera dan sakit. Oleh itu, jika menyedari Osin berkelahi, saya cepat-cepat datang menghalau kucing jantan tersebut. Kadang-kadang saya memukul kucing asing itu dengan penyapu agar kucing itu tidak berani lagi datang ke rumah kami.
Tindakan itu selalu ditegur oleh adik saya. Dia berasa tidak adil campur tangan untuk membela Osin. Bagaimana pun saya berpendapat perlu melindungi Osin kerana Osin bagaikan sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Walau bagaimanpun saya tidak akan memukul kucing asing itu dengan kuat melainkan sekadar menghalau dan menakutkannya sahaja. Tidak baik kita bertindak keterlaluan terhadap haiwan.
Nilai/Pengajaran
1. kasih-sayang
2. ambil berat
3. memberi nasihat atau menegur
4. membuat pertimbangan
5. Rasional
Rangka Ulasan
Penanda
Wacana
|
Kata
Bantu
|
Nilai/Pengajaran
|
Kata
Hubung
|
Ayat
Nilai
|
ialah
|
kita mestilah
|
sayang
|
dan
|
menjaga haiwan peliharaan kita.
|
Selain itu
|
kita hendaklah
|
megambil berat
|
akan
|
keselamatan dan keperluannya.
|
di samping itu
|
kita haruslah
|
menegur
|
atau
|
menasihati saudara kita jika mereka melakukan kesalahan.
|
seterusnya
|
kita perlulah
|
membuat pertimbangan
|
yang
|
wajar bagi setiap keputusan kita.
|
akhirnya
|
kita wajarlah
|
rasional
|
dalam
|
setiap tindakan kita.
|
Ulasan
Nilai murni dalam petikan ini ialah kita mestilah sayang dan menjaga haiwan peliharaan kita. Selain itu, kita hendaklah mengambil berat akan keselamatan dan keperluannya. Di samping itu, kita haruslah menegur atau menasihati saudara kita jika mereka melakukan kesalahan.Seterusnya, kita perlulah membuat pertimbangan yang sewajarnya bagi setiap keputusan kita. Akhirnya, kita wajarlah rasional dalam setiap tindakan kita.
1 ulasan:
Kebaikan Aktiviti Kokurikulum
Catat Ulasan