Memaparkan catatan dengan label Catatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan. Papar semua catatan

Catatan: Jago Kampungku

Irfan menulis catatan tentang pengalamannya di kampung. Semasa di sana, Irfan seronok kerana banyak pemuda kampung yang mempelajari silat daripada datuknya. Irfan berhasrat untuk turut serta.

Jago Kampung

Sabtu, 10 Mac 2022

8:00 pagi

Pada pagi ini, aku sekeluarga bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Kami ingin menziarahi datuk dan nenek. Kami ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah. Aku sangat teruja kerana akan berpeluang melihat datuk dan pak usu mengajarkan silat di pekarangan rumah. Aku dan keluarga selamat tiba di kampung. Ketibaan kami telah disambut mesra oleh datuk dan nenek. Kami bertanyakan khabar mereka sambil berbual-bual mesra.


Ahad, 11 Mac 2022

9:00 pagi

Selepas sarapan pagi, aku berpeluang berbual-bual dengan pak usu. Aku bertanyakan pak usu tentang silat yang diajarnya. Pak usu memberitahuku bahawa silat ini bukan sahaja untuk menjaga keselamatan diri tetapi lebih banyak faedahnya lagi. Antara faedah lain mempelajari silat ialah menanam keyakinan diri, melatih diri untuk berdisiplin dan membina semangat setia kawan. 

9:00 malam

Selepas solat Isyak, aku berjalan dengan pak usu di kebun datuk di belakang rumah datuk. Tujuan kami ke sana untuk melihat pemandangan di kebun datuk di bawah sinaran bulan penuh. Tiba-tiba, kami terlihat satu lembaga yang mencurigakan sedang cuba menceroboh rumah jiran datuk. Lantas, kami segera pergi memberitahu orang-orang kampung untuk menangkapnya. 

9:30 malam

Kami dan penduduk kampung telah mengepung perompak itu agar tidak terlepas. Aku dan pak usu terlihat perompak itu sedang mencari jalan untuk melarikan diri. Pak usu dengan pantas mengejarnya. Pergelutanpun berlaku antara pak usu dan perompak itu. Akhirnya pak usu berjaya menewas dan menangkap perompak itu. Penduduk kampung bangga dengan keberanian dan ketangkasan pak usu lalu pak usu digelar jago kampung oleh penduduk kampung itu.


Isnin, 12 Mac 2022

10:00 pagi

Kami bersarapan dengan datuk dan nenek. Selepas itu, kami bersalam-salaman dengan mereka. Kami pun bertolak pulang. Aku pasti akan menziarahi datuk dan nenek lagi kerana banyak pengalaman yang aku peroleh

Catatan: Bercuti di Pulau Langkawi

Baru-baru ini, keluarga kamu bercuti di satu tempat menarik. Tulis satu catatan tentang percutian itu.




Melancong ke Pulau Langkawi

Jumaat, 7 Julai 2017
10.00 malam -Kami bersiap-siap untuk pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Kami bergotong-royong mengangkat barang-barang ke dalam kereta Exora kami.

11.00 malam -Mula bertolak dari rumah kami di Temerloh ke Kuala Perlis dengan menaiki kereta Exora kami. Ayah memandu dengan tenang melalui lebuh raya. Kami sekeluarga berbual-bual sebelum saya terlelap.


Sabtu, 8 Julai 2017
9.00 pagi - Kami tiba di Jeti Kuala Perlis. Ayah memakir kereta di tepat pakir kereta berbayar. Kami berjalan kaki menuju ke jeti dengan membawa beg dan barang-barang. Di jeti, ayah membeli tiket feri untuk ke Pulau Langkawi.

10.00 pagi - Kami menaiki feri ke Pulau Langkawi. Inilah pengalaman pertama saya menaiki feri. Perjalanan ke Jeti Langkawi mengambil masa kira-kira satu jam. sungguh menarik pemandangan sepanjang perjalanan itu. Ketika feri menghampiri Jeti Pulau Langkawi, kami melihat pulau-pulau kecil yang cantik serta sebuah patung helang yang besar sebelum feri berlabuh di jeti tersebut.

11.00 pagi - Kami selamat tiba di Jeti Pulau Langkawi. Kami menaiki sebuah bas pelancongan ke hotel untuk menyimpan barang-barang. Kemudian, kami makan tengah hari di sebuah gerai berhampiran hotel itu.

2.00 petang - Kami pergi ke "Under Water World Langkawai". Di sini kami melihat pelbagai jenis hidupan laut daripada yang sekecil-kecilnya hingga yang paling besar. Kami melihat ikan-ikan yang pelbagai warna dan ikan yang besar-besar seperti ikan jerung dan ikan pari. Akhir sekali, sebelum keluar dari tempat itu, kami menonton video 3D tentang kehidupan laut dan penjagaan alam di sebuah panggung khas.

5.00 petang - Kami balik ke hotel untuk berehat. Hotel penginapan itu sungguh cantik dan berhawa dingin. Kelengkapan di hotel itu cukup untuk keperluan kami semasa bercuti di situ. Kami berehat-rehat di situ sementara menunggu waktu malam.

Ahad, 9 Julai 2017
5.00 pagi - Kami bangun tidur dan bersiap-siap untuk pergi ke Pulau Dayang Bunting dan beberapa lagi tempat menarik. Sebelum bertolak, kami bersarapan dahulu di hotel. Dewan makan di hotel itu besar dan cantik. Ia terletak bersebelahan dengan sebuah kolam renang yang besar.

7.30 pagi - Kami menaiki bas pelancong ke sebuah jeti untuk menaiki bot ke Pulau Dayang Bunting. Setibanya di pulau itu, kami melihat beberapa ekor burung helang sedang terbang tinggi di udara. Di pulau itu terdapat sebuah tasik lagenda iaitu Tasik Dayang Bunting. Di situ juga saya dapat melihat beberapa orang pelancong sedang bermain payung terjun yang ditarik oleh bot laju.

9.00 pagi - Kami menuju semula ke Pulau Langkawi. Kemudian, kami menaiki bas pelancong untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi. Ramai pelancong di situ menyebabkan kami terpaksa beratur agak lama sebelum dapat menaiki kereta kabel itu. Kami melihat pemandangan indah sewaktu menaiki kereta kabel itu. Di puncak gunung itu, kami naik sebuah jambatan gantung. Dari situ, kami dapat melihat pemandangan Pulau Langkawi yang indah. Kira-kira dua jam kemudian, kami turun semula ke stesen kereta kabel. Kami membeli pelbagai cenderamata untuk dibawa pulang di gerai-gerai berhampiran stesen itu.

11.00 pagi - Kami singgah sekejap di sebuah tapak bersejarah iaitu Makam Mahsuri. Kemudian, kami balik ke hotel untuk mengambil barang-barang.

12.30 tengah hari - Kami keluar dari hotel dan menaiki bas pelancong menuju ke Jeti Pulau Langkawi. Kami pulang ke Temerloh.

Catatan: Bercuti di Melaka



Rumah Rehat Hasidi

Baru-baru ini, keluarga kamu bercuti di satu tempat menarik. Tulis satu catatan tentang percutian itu.

Sabtu, 2 Februari 2014
6.00 pagi -Kami bersiap-siap untuk pergi bercuti ke Melaka. Selepas solat Subuh, kami bergotong-royong mengangkat barang-barang ke dalam kereta. Kami akan menginap di sebuah 'homestay' yang saya cadangkan kepada keluarga setelah saya membaca iklannya di laman web http://hasidihomestay.blogspot.com/.

7.00 pagi -Mula bertolak dari rumah kami di Temerloh ke Melaka dengan menaiki kereta Exora ayah. Ayah memandu dengan tenang menuju ke lebuh Raya Pantai Timur. Kami menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan tersebut sambil berbual-bual bersama keluarga.

8.30 pagi -Singgah di Genting Sempah untuk bersarapan pagi. Cuaca di sini cerah tetapi masih kelihatan kabus berada di lereng-lereng bukit. Gembira rasanya bersarapan di sini dengan udaranya yang agak sejuk, segar dan nyaman.

9.15 pagi -Meneruskan perjalanan ke Melaka dengan melalui Kota Raya Kuala Lumpur. Seronok melihat bangunan tinggi mencakar langit dan jalan raya yang bersimpang-siur.

11.30 pagi -Singgah di RnR Seremban untuk makan tengah hari. Keadaan lebih sibuk di sini kerana ramai yang berhenti rehat dan sebagainya. Kami terpaksa beratur panjang untuk membeli makanan.

01.00 petang -Tiba di Rumah Rehat Hasidi tempat penginapan kami. Rumah rehat ini bersih, kemas dan selesa untuk keluarga kami yang seramai tujuh orang bercuti. Antara kemudahan yang disediakan di rumah rehat ini ialah televisyen dengan siaran astro, 3 buah bilik berpendingin hawa, peti sejuk, meja makan, seterika dan lain-lain lagi. Saya gembira dapat menginap di rumah rehat ini.

3.30 petang -Setelah berehat dan solat Zohor, ayah mengajak kami ke 'Melaka Cruise River' di Bandar Raya Melaka. Saya sungguh teruja dan gembira kerana pertama kali menaiki 'Cruise River' yang menyusuri Sungai Melaka yang bersejarah.

5.00 petang -Ayah memandu kereta ke Bandar Hilir Melaka. Saya sungguh tertarik melihat reka bentuk bangunan lama di bandar itu. Kemudian, kami singgah sebentar di Tugu A-famosa untuk melihat peninggalan sejarah. Kami mengambil beberapa keping gambar di situ sebagai kenang-kenangan.

7.00 malam -Kami singgah di sebuah restoran untuk makan malam. Ayah memesan beberapa jenis makanan yang lazat untuk kami sekeluarga pada malam itu.

8.00 malam -Kami balik semula ke Rumah Rehat Hasidi untuk berehat. Setelah mandi dan solat, kami berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen dan berbual-bual.

10.00 malam -Masuk ke bilik masing-masing untuk tidur kerana keletihan. Udara yang sejuk dan segar daripada pendingin hawa serta tilam yang empuk di bilik tersebut menyebabkan saya tidur dengan lena hingga ke pagi.

Ahad, 3 Februari 2014
6.00 pagi -Bangun tidur, solat Subuh dan menyiapkan diri. Ibu telah menyediakan hidangan sarapan pagi yang dimasaknya sendiri di rumah rehat tersebut. Kelengkapan dapur yang agak sempurna di rumah rehat ini membolehkan ibu memasak sendiri untuk menjimatkan perbelanjaan.

9.00 pagi -Menuju ke 'Afamosa Resort' untuk mandi-manda. Saya berasa tidak sabar untuk mandi-manda bersama keluarga di sana. Setibanya di situ, saya berasa sungguh kagum melihat kolam renangnya yang dilengkapi dengan pelbagai gelunsur air yang pelbagai rupa. Tanpa berlengah, kami terus mandi sambil mencuba beberapa gelunsur air di kolam renang tersebut.

1.00 petang -Kami makan tengah hari di sebuah restoran di bandar Tampin, Negeri Sembilan. Saya sungguh berselera makan nasi berlaukkan gulai lemak ikan sembilan di restoran tersebut.

2.00 petang -Bertolak dari bandar Tampin untuk balik ke Temerloh melalui jalan raya biasa. Sepanjang perjalanan, kami melalui beberapa buah kampung, hutan, ladang kelapa sawit dan ladang getah. Saya tertidur dalam perjalanan tersebut kerana keletihan.

4.30 petang -Solat di Masjid Bandar Kerayong sebelum minum petang di sebuah restoran di bandar tersebut.

6.00 petang -Tiba di rumah di Temerloh. Bergotong-royong mengangkat dan mengemas barang-barang sebelum mandi. Percutian kali ini sangat menyeronokkan kerana saya telah berpeluang melancong ke beberapa tempat yang belum pernah saya kunjungi bersama keluarga tersayang.

Berkelah di Pantai Balok

Baru-baru ini, keluarga kamu berkelah di satu tempat menarik. Tulis satu catatan tentang perkelahan  itu.

Sabtu, 22 Februari 2014


7.00 pagi     -Semua ahli keluarga bergotong-royong mengangkat barang-barang dan bekalan ke dalam kereta.


8.30 pagi     -Kami seramai 6 orang bertolak ke Pantai Balok, Kuantan dengan menaiki kereta Exora ayah. Ayah memandu kereta dengan tenang menuju ke Lebuh Raya Pantai Timur. Sepanjang perjalanan, kami melihat pemandangan yang indah sambil berbual-bual.


10.30 pagi     -Kami selamat tiba di Pantai Balok. Tanpa berlengah, kami mengangkat barang-barang dan bekalan dari dalam kereta untuk dibawa ke tempat yang strategik. Kemudian, kami bergotong-royong mengemas tempat perkelahan tersebut dengan memasang khemah dan membentang tikar untuk kami berehat. Selepas itu, kami mengeluarkan bekalan untuk sarapan pagi. Saya sungguh seronok bersarapan bersama keluarga di tepi pantai pada pagi itu.


11.30 tengah hari     -Kami menyalin pakaian dengan pakaian mandi. Syukur kerana cuaca pada hari itu cerah dan selamat untuk bermandi-manda di pantai itu. Sungguh seronok mandi-manda sambil bermain dan bergurau-senda bersama keluarga hingga merasakan masa berlalu begitu pantas sekali. Walau bagaimanpun saya sentiasa ingat pesan ayah dan ibu agar sentiasa berwaspada semasa mandi-manda di pantai tersebut.


01.00 petang     -Kami pergi ke bilik persalinan untuk membersihkan diri dan menyalin pakaian. Kami perlu membayar 30 sen seorang untuk menggunakan bilik persalinan tersebut. Selepas itu kami makan tengah hari dengan riangnya di bawah sebatang pokok yang rendang dengan pemandangan tepi pantai serta tiupan angin lembut yang mendamaikan.


2.30 petang     -Selepas mengemas barang-barang, kami menuju ke surau di situ untuk menunaikan solat Zohor. Ayah saya mengajar kami bagaimana melakukan solat jamak dan qasar iaitu solat Zohor digabungkan dengan solat Asar. Saya sangat seronok mendapat ilmu dan pengalaman baharu menunaikan solat jamak takdim bersama keluarga.


3.30 petang     -Setelah barang-barang disimpan di dalam kereta, kami berangkat pulang ke Temerloh semula. Semasa dalam perjalanan, ayah singgah sebentar di sebuah gerai di Gambang. Ayah membeli beberapa jenis keropok dan makanan ringan untuk dibawa pulang.


4.30 petang     -Kami berhenti di RNR Temerloh untuk minum petang.


5.30 petang     -Kami tiba di rumah. Kami mengangkat barang-barang perkelahan ke rumah untuk dibersihkan dan disimpan semula. Penat rasanya tetapi kami amat gembira kerana dapat berkelah bersama keluarga pada cuti sekolah kali ini.  

Catatan: Sambutan Hari Guru


Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulis catatan tentang sambutan Hari Guru tersebut.

__________________________________________________________


RABU, 16 MEI 2012

7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan Hari Guru 2012. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan sebelum bacaan Ikrar oleh Mohd Rafiq bin Sabaruddin, selaku Ketua Pengawas. Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Azril.

7.40 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan GPK 1 iaitu Pn. Hajah Puspa Dewi, sebelum beliau membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian Tuan Guru Besar, En. Awang Satip bin Md. Salleh menyampaikan ucapan dan seterusnya membacakan perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran.

8.40 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara sukaneka. Guru dan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat, sebaliknya mereka diminta menjadi penonton sahaja. Seterusnya, sukaneka dijalankan dengan beberapa acara yang menarik. Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan gembira dan mengambil bahagian.

10.00 pagi
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuih-muih yang disediakan di kantin sekolah.

10.40 pagi
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.

12.00 tengah hari
Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Abu Kasim bin Kamat.

12.40 tengah hari
Murid yang berhajat diminta menyampaikan hadiah masing-masing kepada guru-guru mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan para guru secara bergilir-gilir.

01.10 tengah hari
Murid-murid dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

Pengikut