Syarahan: Panduan Berbelanja

                                                                     Panduan Berbelanja

Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, tuan guru besar, guru-guru, dan rakan-rakan. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Panduan Berbelanja".

Hadirin yang saya hormati, 

Sebelum kita pergi berbelanja di pasar, pasar raya dan sebagainya, kita hendaklah menyenaraikan barang-barang yang hendak kita beli. Cara ini sebenarnya dapat jimatkan masa, tenaga dan wang kita kerana kita telah tahu apakah barang-barang, jenis, harga, dan tempat barang yang hendak kita beli. 

Semasa berbelanja pula, kita mestilah beli ikut senarai barang dan buat banding beza harga barang berdasarkan harga yang ditetapkan oleh setiap syarikat pengeluaran. Cara ini akan menjimatkan perbelanjaan kerana kita dapat membeli barang dengan harga yang paling berbaloi.  

Selepas berbelanja pula, kita mestilah kira semula jumlah perbelanjaan agar dapat kita ketahui adakah perbelanjaan yang dibuat telah melebihi bajet atau sebaliknya. Catat kiraan tersebut dalam buku rekod perbelanjaan untuk panduan perbelanjaan kita seterusnya nanti. Jika ada baki, simpan baki tersebut untuk keperluan pada masa hadapan.

Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa berbelanja dengan cermat agar tidak berlaku pembaziran. Amalan ini akan mengelakkan kita daripada mengalami masalah kewangan kerana kita berbelanja mengikut kemampuan dan tidak melakukan pembaziran.

Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

Pengikut