Tulis sebuah karangan yang membincangkan tentang “Kerajinan”.
Tulislah karangan tersebut kira-kira 120 patah perkataan.
Sememangnya sudah menjadi lumrah kehidupan, orang yang rajin berusaha akan lebih berjaya manakala yang malas atau berat tulang pula akan ketinggalan. Sehubungan dengan hal ini, kita mestilah rajin menimba ilmu pengetahuan kerana orang tua-tua pernah berkata bahawa orang yang tidak berilmu ialah orang yang tidak berjaya.
Sebenarnya, setiap kejayaan yang kita kecapi bertitik tolak daripada daya usaha dan kerajinan. Oleh sebab itu, jangan biarkan kemalasan menjadi penghalang kepada kemajuan dan kesejahteraan hidup kita.
Bakat semula jadi dan ilmu yang ditimba perlulah digilap dan diasah dengan kesungguhan, kecekalan dan kerajinan agar kejayaan dan kecemerlangan dapat kita kecapi. Bak kata peribahasa “belakang parang, kalau diasah lagikan tajam”. Oleh itu, kita haruslah senantiasa bersikap rajin untuk mengejar cita-cita atau impian kita.
Jika kita suka membaca serta menjadikannya budaya hidup, sudah tentu ini akan mematangkan fikiran kita. Akhirnya, kematangan itu dapat kita gunakan dalam menempuh gelombang kehidupan yang mencabar demi memperoleh kejayaan hidup.
Sikap rajin juga akan mendorong kita agar senantiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita. Kegagalan pula bukanlah bermaksud kita akan terus gagal dalam kehidupan kita. Soalnya, kita hendaklah terus mencuba dan mencuba lagi walaupun laluan yang kita lalui itu sukar dan mencabar.
Sesungguhnya, tidak ada apa-apa yang mustahil di dunia ini dan kerajinanlah penawarnya yang paling mujarab bagi kegagalan seseorang. Ingatlah, “Rajin berusaha tangga kejayaan”.
Memaparkan catatan dengan label Perbincangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perbincangan. Papar semua catatan
Perbincangan: Kebaikan dan keburukan menonton televisyen

Televisyen merupakan alat ciptaan manusia hasil daripada perkembangan sains dan teknologi. Alat perhubungan ini amat popular pada masa kini.
Menonton televisyen mempunyai banyak kelebihan kerana televisyen menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Melaluinya, kita dapat mengetahui cara dan gaya hidup masyarakat lain.
Selain itu, terdapat juga rancangan-rancangan bercorak pendidikan yang disiarkan misalnya rencana. Kita akan memperolehi ilmu yang berfaedah daripada siri tersebut.
Namun begitu, menonton televisyen juga boleh melalaikan dan membuang masa jika kita menonton tanpa kawalan. Sebagai pelajar, ini sudah tentu merugikan kita dalam pelajaran.
Kesimpulannya, kita boleh menonton televisyen tetapi mesti mengetahui batas-batasnya kerana televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.
Perbincangan: Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar
Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung banyak keaslian dan
kecantikan alam semula jadi yang tidak terdapat di bandar.
Saya suka tinggal di kampung kerana di sini terdapat pokok-pokok yang menghijau, burung-burung
berkicauan dan sungai-sungai yang jernih airnya. Di kampung suasananya aman dan damai. Udaranya bersih dan nyaman, jauh daripada pencemaran udara. Oleh itu ti nggal di kampung lebih sihat daripada tinggal di bandar.
Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang. Kita boleh menggunakan air yang tidak berbayar seperti air perigi yang sejuk dan jernih untuk di minum, membasuh, dan mandi. Kita juga boleh menanam dan makan sayur-sayuran yang segar.
Orang-orang di kampung hidup tolong-menolong, bergotong-royong dan bertegur-sapa di antara
satu sama lain. Dengan ini, hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan diri daripada pengaruh-pengaruh yang boleh merosakkan dan menjatuhkan moral.
Suasana yang tenteram dan damai, udara yang segar dan penduduknya yang berbudi bahasa
menyebabkan tinggal di kampung lebik baik daripada di bandar.

Langgan:
Catatan (Atom)