Rencana: Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid-murid


Disiplin amat penting kepada murid-murid. Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah, ini bermakna mereka telah berdisiplin. Antara peraturan sekolah yang mesti dipatuhi ialah menepati masa, memakai lencana, berambut pendek dan lain-lain lagi.

Murid-murid yang berdisiplin akan mewujudkan keadaan yang lebih selesa di dalam kelas. Mereka akan sentiasa menjaga tingkah laku daripada melanggar peraturan sekolah seperti berbuat bising, bergaduh, membuli  dan seumpamanya. Keadaan ini juga dapat mengelakkan mereka daripada mendapat masalah seperti di denda oleh guru, tidak dipercayai, ketinggalan dalam pelajaran dan sebagainya yang boleh menganggu pelajaran mereka

Murid-murid yang menjaga disiplin juga kebiasaannya akan cemerlang dalam pelajaran. Sudah pasti murid-murid akan lebih selesa belajar dalam suasana disiplin mereka terkawal. Keadaan ini membolehkan mereka memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran serta akan mendorong mereka belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Justeru, ini akan mencerahkan masa depan mereka.

Selain itu, murid-murid yang berdisiplin akan disukai dan disayangi oleh guru-guru serta rakan-rakan. Oleh itu, mereka akan dipilih sebagai pemimpin seperti pengawas, ketua darjah, pengawas perpustakaan dan lain-lain lagi. Ini sangat berguna kepada mereka sebagai pemimpin pada masa hadapan.

Kesimpulannya, disiplin amat penting kepada murid-murid. Murid yang berdisiplin akan cemerlang manakala murid yang tidak berdisiplin akan merugikan diri sendiri. Oleh itu, amalkan disiplin diri untuk kebaikan diri dan menjaga nama baik sekolah.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus bagus bagus terbaekkkk....punyaaaa...ini isiii... :)

Tanpa Nama berkata...

bagus bagus bagus terbaekkkk....punyaaaa...ini isiii... :)

Tanpa Nama berkata...

memang pun bagus kerana orang lain pun belum pun melihat karangan ini.

Tanpa Nama berkata...

saya tidak tahu apa yang hendak dicakapkan ia memang terbaik daripada semua orang yang berada di malaysia tetapi tidaklah sangat sampai begitu.

NIROSHINEE SUKUMARAN berkata...

Karangan yang sesuai bagi peringkat asas.terima kasih kepada sumber ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"