Fakta: Kebaikan Hobi Saya. (Versi 2)


Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang seperti memancing, mengumpul setem, membaca, melukis dan bersukan. Hobi saya pula bermain bola sepak. Saya melakukan aktiviti ini pada setiap petang.

Hobi ini banyak memberi kebaikan kepada saya antaranya  ialah mengisi masa lapang, menyihatkan badan, cergas serta cerdas dan menambah kenalan. Saya dapat mengisi masa lapang  dengan bermain bola sepak. Aktiviti ini mengelakkan saya daripada melepak dan sebagainya.

Selain itu, hobi ini juga dapat menyihatkan tubuh. Oleh sebab itulah saya jarang terkena penyakit seperti demam dan sebagainya. Badan saya juga menjadi cantik dan langsing.

Permainan bola sepak juga menyebabkan badan saya cergas dan otak saya cerdas. Saya sentiasa cergas semasa belajar dan mudah memahami sesuatu pelajaran.

Permainan bola sepak memerlukan pemain yang ramai. Oleh itu, saya berpeluang menambah kenalan terutama apabila melibatkan pertandingan dengan pasukan bola sepak dari luar.

Kesimpulannya setiap orang bebas memilih hobi yang digemari. Namun, sesuatu hobi yang baik sepatutnya akan mendatangkan kebaikan kepada kita.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wekksss......:P karangan jenis ape la x best langsung....baik buat sendiri baru bangus.....baru boleh belajar sendiri boleh mengarang sendiri daripada teru dalam nie......:P :P :P

Tanpa Nama berkata...

bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb....saya sokong tanpa nama kata tu x best................

GHANIBTHO berkata...

tak baik ckp mcm tu

Muslimah berkata...

Astaghfirullahal'azim. Perlu ke kata tak bagus. Kalau ye pon jangan lah sampai bbbbbbbbbbb mcm tu. Kalau saya baca pon terasa. Pastu tambah dengan jelir sekali . Teruklah!!
Kalau betul tak sedap, ikutlah cara sebagai orang Islam. Contoh, "dah sedap sebenarnya karangan ni, tapi kalau tambah sekian sekian..lagi terbaik. Ingat tu..mulakan dengan pujian dulu!!
Sekurang-kurangnya admin page ni buat jugak, bagi idea serba sedikit. Dapatlah jugak masuk otak nak buat ujian lisan esok :)

bad guy berkata...

lolz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

Pengikut