Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.
*** *** ***** *** ***
Pendahuluan:
-penubuhan persatuan
-anggota persatuan
-tujuan penubuhan
Isi
a) kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang
b) ceramah -guru pakar Matematik dan Sains
c) gotong-royong-menceriakan taman Sains
d) lawatan ke Taman Herba
Penutup
-berterima kasih kepada guru penasihat.
*** *** *** *** ***
Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Seri Tualang
Persatuan Matematik dan Sains Sekolah Kebangsaan Seri Tualang dibentuk pada tahun 1999. Anggota -anggota persatuan ini berjumlah 56 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Tiga hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik serta memudahkan pelajar bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran ini.
Sepanjang tahun 2011, persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sama ada berbentuk akademik mahupun bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah "Peraduan Menulis Cerpen Fiksyen Sains". Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, pelajar Tahun Enam Amanah.
Kami juga menganjurkan ceramah tentang Sains dan Matematik. Ceramah ini disampaikan oleh salah seorang guru pakar Matematik dan Sains daerah Temerloh iaitu Cikgu Azhar Muhammad dari SK Penderas. Selain itu, kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan Taman Sains SKST dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.
Pada 25 September 2011, kami telah mengadakan lawatan ke Taman Herba di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. Taman ini mempunyai lebih dari 90 spesis tumbuhan herba yang ada antaranya amat sukar ditemui. Sebagai hasil lawatan ini, kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan.
Pada keseluruhannya, kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan. Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat, Cikgu Mohd Hamidi yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.
Disediakan oleh, 25 Oktober 2011
Hasif___
(HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
Temerloh,
Pahang.
*************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan