Faedah Menabung
Hadirin sekalian,
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai perkara yang penting pada masa hadapan.
Hadirin sekalian,
Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan. Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah. Tindakan ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya.
Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Amalan ini akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.
Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Keadaan ini tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk membelinya.
Hadiri yang dihormati sekalian,
Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan awal menguruskan wang perbelanjaan. Amalan ini sudah pasti mengelakkan pembaziran kerana mereka hanya berbelanja untuk perkara-perkara yang betul-betul perlu sahaja.
Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Bantuan ini akan mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu keluarga ketika dalam kesusahan.
Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah yang boleh kita diperolehi daripada amalan ini.
Sekian, Terima kasih.
27 ulasan:
sekelian? sekalian
sekelian? sekalian
sekalian
sekelian klasik-Ayuh! marilah hai sekelian yang ada.
sangt berguna
Karangan boring
Adakah karangan ini suitable untuk darjah 4???
Okay ITU karangan sangat. ulasasn gun a untuk tahun 6 .....baca .....murid....
Terima kasih
srfsf
Ko clap merapu LA...
Bagus syarahan itu
Okey krgnn ni yng lain tu x pyhlh nk mngumpt bkn 2 blom tntu korng pnye tu okey
Bagus untuk aku tak bagus untuk krgni yang tak menghargai hasil kerja yang hebat ni:D
Apa yg uladan telah dialihkan???
Kalau tak best jangan baca×_×
Apa yg uladan telah dialihkan???
Bagus untuk aku tak bagus untuk krgni yang tak menghargai hasil kerja yang hebat ni:D
Cantik betul karangan ni best membaca
sangat best dan menarik.
Terima kasih.. Saya nak minta kebenaran nak gunakan untuk bahan bacaan murid Tahun 4 :)
Best
Best
Walaupun panjang,tapi ia tetap berguna. ;-)
Best sangat..
Knp??? Salah ke apa yg dia tulis???
hadirin tigak hadiri.Alamak.NAnti murid peperiksaan tulis hadiri.Apa blok ini.Boring sangat
perkataan pertama tidak boleh ada imbuhan, ALAMAK!!!!!! @#$!%^&#(*)(#%&@###@$^#*&
Catat Ulasan