Berita: Banjir Kilat di Kampung Saya

 Banjir Kilat di Kampung Saya

BENTONG, 29 NOVEMBER 2021 - Kampung Chemomoi, Telemong telah dilanda banjir kilat akibat kepala air. Tiga hari sebelum itu, hujan turun dengan lebatnya. Bagaimanapun penduduk kampung tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana sebelum ini, kampung mereka tidak pernah dilanda banjir yang teruk. 

     Kebanyakan penduduk kampung tidak sempat untuk mengemaskan barang-barang penting dan berharga. Hal ini disebebkan mereka tidak menjangkakan  kepala air akan melanda kampung mereka. Kepala air ini telah menyebabkan bencana yang paling teruk dalam sejarah kampung mereka. 

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Abdul Ghani Taib berkata hujan lebat tanpa henti dipercayai menjadi punca berlakunya kepala air di kawasan itu. "Dari rumah saya yang tidak jauh dari sungai, saya nampak kayu-kayu balak mulai menghempas jalan raya dan rumah-rumah sekitar Telemong. Melihat keadaan itu, saya bergegas menyelamatkan keluarga kerana paras air naik begitu mendadak dan arus air yang begitu deras pada sekitar 10 malam itu," katanya.

    Melihat kejadian itu, penduduk kampung segera pergi ke kawasan-kawasan yang lebih tinggi untuk menyelamatkan diri. Ada juga yang memanjat bumbung rumah mereka kerana tidak sempat pergi ke tempat lain. Penduduk kampung menunggu pasukan penyelamat tiba dengan keadaan sehelai sepinggang dan kesejukan. Bekalan ekektrik juga telah terputus menyebabkan mereka kegelapan pada malam itu. 

    Air sungai telah melimpah ke jalan-jalan raya dan banyak tanah runtuh berlaku di jalan raya. Keadaan ini menyebabkan pasukan penyelamat lambat tiba di lokasi bencana. Pasukan penyelamat terpaksa membuat jalan lencongan di beberapa kawasan bagi membolehkan mereka sampai ke lokasi bencana. 

    Keesokan paginya, penduduk kampung mendapati keadaan air telah pun surut. Keadaan di kawasan itu dipenuhi lumpur tebal, debu, serpihan balak dan serpihan pondok yang hancur. 

    Penduduk kampung telah dipindahkan ke Dewan Serbaguna Datuk Harun dengan bantuan pasukan penyelamat. Penduduk kampung telah mengalami kerugian yang banyak. Banyak tanaman dan haiwan ternakan yang mati. Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah apabila penduduk kampung menemui lima mayat di dalam lumpur dan timbunan kayu kayan yang dihanyutkan air itu. 

    Ketua kampung Chemomoi, Encik Abdul Ghani Taib memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan memberikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa banjir. Pihak kerajaan juga akan mencari punca-punca kepala air bagi menangani  kejadian itu daripada berulang kembali. Kejadian ini diluar jangkaan kerana tidak pernah belaku sebelum ini. Pihak kerajaan  berjanji akan berusaha menangani bencana ini agar tidak terus  berlaku pada masa hadapan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

Pengikut