Panduan Berbelanja
Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, tuan guru besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Panduan Berbelanja".
Hadirin yang saya hormati,
Sebelum kita pergi berbelanja di pasar, pasar raya dan sebagainya, kita hendaklah menyenaraikan barang-barang yang hendak dibeli. Cara ini sebenarnya dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang kerana kita telah tahu berapakah harga, di manakah tempat, dan apakah ciri-ciri barang yang hendak kita beli itu.
Semasa berbelanja pula, kita mestilah membeli mengikut senarai barang yang telah dibuat. Buat banding beza harga barang berdasarkan harga yang paling berbaloi dengan mutu barang yang hendak dibeli. Tindakan ini akan menjimatkan dan kita dapat memilih pembelian yang terbaik dengan bajet kita.
Selepas berbelanja pula, kita mestilah kira semula jumlah perbelanjaan agar dapat mengetahui adakah perbelanjaan yang dibuat telah melebihi bajet atau sebaliknya. Catat kiraan tersebut dalam buku rekod perbelanjaan untuk panduan perbelanjaan kita seterusnya nanti. Jika ada baki, simpan baki tersebut untuk keperluan pada masa hadapan.
Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa berbelanja dengan cermat agar tidak berlaku pembaziran. Amalan ini akan mengelakkan kita daripada mengalami masalah kewangan kerana kita berbelanja mengikut kemampuan dan tidak melakukan pembaziran.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan