Cerita: Lembaga itu, Hantu?

Pada petang itu, aku terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumahku kerana basikalku hilang. Tiba-tiba, aku ternampak sebuah bas yang dipandu perlahan. Aku menahan bas itu lalu menaikinya.

Di pertengahan jalan, salah satu tayar bas itu pancit. Aku terpaksa turun dari bas itu lalu berjalan kaki. Aku berjalan seorang diri ketika hujan renyai-renyai mulai turun. Hatiku ingin mengikut jalan pintas untuk lebih cepat sampai ke rumah tetapi aku berasa takut. Bagaimanapun aku terus memberanikan diri melalui jalan pintas tersebut walaupun aku tahu laluan itu amat sunyi dan gelap. Di kiri dan kanan jalan pintas itu terdapat pokok-pokok getah. Kedengaran pelbagai bunyi serangga dan unggas yang menakutkan aku semasa melalui jalan itu.

Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang memanggil-manggil namaku. Aku fikir suara itu khayalan sahaja. Namun, aku menoleh juga ke belakang. Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat satu lembaga melambai-lambai ke arahku. Apa lagi, aku pun terus berlari langkah seribu untuk menyelamatkan diri. Apabila sudah berasa selamat, aku bersandar di sebatang pokok dengan nafas yang tercungap-cungap.

Tiba-tiba lembaga itu muncul di hadapanku sambil memanggil namaku. Aku amat takut lantas berlari untuk menyelamatkan diri. Malang sekali kerana lembaga itu sempat memelukku dengan kuat hingga aku tidak berdaya lagi melepaskan diri. Kemudian, kedengaran suara lelaki menyuruh aku bertenang. Dalam cahaya yang samar, aku memberanikan diri, melihat lembaga itu. Alangkah terkejutnya aku kerana rupa-rupanya dia ialah abangku sendiri.

Katanya dia datang untuk mencari aku yang telah terlalu lewat pulang ke rumah. Aku menceritakan segala peristiwa yang aku alami pada petang itu kepadanya. Setibanya di rumah, aku segera memberitahu ayahku tentang peristiwa itu. Ayah ketawa sambil mengingatkan aku supaya jangan selalu menonton cerita hantu kerana akibatnya kita akan menjadi penakut seperti yang telah aku alami ini.

8 ulasan:

ismail berkata...

cerita mesti ditambah pengajaran

Tanpa Nama berkata...

Bagus karangan ni

Tanpa Nama berkata...

Aku suka karangan ini lagi pun aku berasa gembira

nurul afiqah binti madzuki berkata...

Sungguh menarik

Tanpa Nama berkata...

That's so cool Ismail

Tanpa Nama berkata...

ia membantu saya (ija)

Tanpa Nama berkata...

so cool

Tanpa Nama berkata...

karangan ini dapat membantu����

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"