Berita: Tokoh Murid Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temerloh 2011


Murid tahun enam sekolah anda dianugerahi tokoh murid 2011 atas kecemelangan dalam pelbagai bidang. Anda diminta menulis berita tentang kejayaanya itu. Tulis berita itu selengkapnya.

** ** ** ** ** 

TEMERLOH, 25 OKTOBER 2011-Nor Fatini binti Adam iaitu murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Seri Tualang tahun 2011 telah terpilih sebagai Tokoh Murid Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temerloh pada tahun 2011. Beliau terpilih kerana kecemerlangan dalam pelbagai bidang. 

Nor Fatini binti Adam ialah salah seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang yang telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2011. Sebelum itu, beliau telah mendapat tempat pertama bagi setiap peperiksaan kelas sejak beliau belajar dari Tahun Satu lagi. Keupayaannya mengekalkan kecemerlangan dalam akademik hingga ke Tahun 6 membuktikan beliau seorang pelajar yang berkebolehan tinggi.    

Nor Fatini binti Adam juga sangat aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Beliau dipilih menjadi Ketua Pandu Puteri dan Setiausaha Pesatuan Matematik di sekolah beliau pada tahun 2011. Menurut rakan-rakan, beliau seorang yang mempunyai kesungguhan dan kewibawaan dalam menjalankan sesuatu aktiviti yang dirancang oleh kelab. Kejayaan terbesar Persatuan Pandu Puteri Sekolah Kebangsaan Seri Tualang adalah apabila terpilih sebagai wakil negeri ke Jambori Pandu Puteri Kebangsaan. 

Nor Fatini binti Adam juga telah mewakili sekolah dalam kegiatan sukan dan olahraga. Beliau merupakan ayam tambatan dalam pasukan bola baling, bola jaring dan hoki perempuan. Oleh sebab itu, beliau diberi kepercayaan untuk mengetuai pasukan-pasukan tersebut. Pasukan yang beliau ketuai telah menempa banyak kejayaan seperti johan bola baling peringkat Daerah Temerloh, naib johan bola jaring peringkat Daerah Temerloh dan tempat ke-3 bagi kejohanan hoki peringkat negeri Pahang. 

Selain itu  Nor Fatini binti Adam telah memasuki pertandingan bercerita Bahasa Inggeris dan pertandingan syarahan Bahasa Melayu. Beliau bejaya menjadi johan peringkat daerah dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Oleh itu, memang tidak boleh dinafikan lagi ketokohan beliau dalam pelbagai bidang yang diceburi hingga mengangkat beliau sebagai Tokoh Murid Daerah Temerloh bagi tahun 2011. Menurut  Nor Fatini,  kejayaan yang diperolehnya adalah hasil dorongan dan bimbingan guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan bimbingan mereka selama ini.

*** *** *** ***

Terima kasih. 

Contoh berita ini telah disalin oleh:

 Adik Nik dan Ryan

dari Sekolah Kebangsaan Seri Tualang pada 21 April 2012.

***

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

Pengikut