Surat Kiriman Rasmi: Gangguan Bekalan Air

Anda sebagai ketua kampung diminta menulis surat kepada Jabatan Bekalan Air kerana bekalan air di kampung anda sering terggangu.

** ** ** ** **

Ketua Kampung
Kampung Bukit Kelulut,
28000 Temerloh,
Pahang. Darul Makmur

_________________________________________________________________________

Tuan Pengarah 
Jabatan Bekalan Air Temerloh,
28000 Temerloh,
Pahang. Darul Makmur.                                                                              20 April 2012

Tuan,

GANGGUAN BEKALAN AIR PAIP

Berhubung perkara di atas, saya Riduan bin Ramli selaku ketua kampung Kampung Bukit Kelulut ingin membuat aduan tentang gangguan bekalan air paip yang sering berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

2.        Gangguan bekalan air ini telah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk kampung ini. Antara masalah tersebut ialah kesukaran untuk mendapatkan air bagi kegunaan harian seperti mandi, membasuh, memasak dan lain-lain lagi.

3.        Oleh sebab itu, penduduk kampung ini terpaksa menggunakan sumber air alternatif yang tidak dirawat seperti air sungai, air parit atau air perigi untuk dijadikan air minuman dan pelbagai kerja yang lain. Selain menyusahkan mereka, punca-punca air ini juga tidak terjamin daripada segi kesihatan. Apatah lagi, lokasi kampung ini yang berhampiran dengan kawasan industri dan bandar yang berisiko tinggi menyebabkan pencemaran kepada sumber-sumber air tersebut. 

4.        Sejak akhir-akhir ini, penduduk kampung mula mengeluh kerana pelbagai penyakit telah menyerang mereka. Antara penyakit tersebut ialah demam, selsema dan penyakit kulit. Saya bimbang keadaan ini berpunca akibat penggunaan air yang telah tercemar. 

Saya sebagai wakil penduduk kampung ini berharap agar pihak tuan mengambil tindakan segera akan masalah yang dilaporkan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.  

Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar,

...................................
(RIDUAN BIN RAMLI)
Ketua Kampung Bukit Kelulut,
28000 Temerloh,
Pahang. Darul Makmur


*** *** *** *** ***

Terima kasih. 
Contoh surat ini telah disalin oleh:

 Adik ADRIANA SOFIA BINTI ABDUL LATIP 
dan 
Adik NAJIHAH BINTI RAMLI

dari Sekolah Kebangsaan Seri Tualang pada 20 April 2012.


.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Good

Tanpa Nama berkata...

ola ole ola ole....jom tengok bola

Unknown berkata...

Pendek sangat..😢😢

Unknown berkata...

Teruskan usaha ☆☆☆☆
" Mantapkan penulisan,sempurnakan penghasilan "

Unknown berkata...

Memuaskan.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

Pengikut