Tulis sebuah
karangan tentang ‘Banjir’. Panjang jawapan kamu tidak kurang daripada 80
patah perkataan.
Rangka Karangan
:
Pendahuluan - bencana
alam
-sering melanda pada
akhir tahun di Pantai Timur.
-berlaku akibat
hujan lebat tanpa henti (tengkujuh)
Perenggan
ke-2 - kerap melanda di kawasan rendah dan tepi
sungai.
-
banyak harta benda musnah
- haiwan
ternakan dan tanaman mati
- kerugian
besar
Perenggan
ke-3 - mengancam nyawa
-
aliran air deras dan dalam
- lemas
Perenggan
ke-4 - pelbagai benda merbahaya dihanyutkan
air
- ada yang
nahas terkena atau terperangkap benda
merbahaya
merbahaya
- airnya
tercemar dan boleh menyebarkan penyakit
Penutup - berhati-hati
- berpindah segera sebelum air naik
*****************************************
Banjir
Banjir
adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya di negeri
-negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya negeri-negeri ini akan
mengalami musim tengkujuh pada setiap akhir tahun. Hujan lebat yang kerap berlaku pada musim itu menyebabkan banjir di kawasan tersebut.
Banjir
kerap melanda kawasan-kawasan yang rendah seperti kawasan berhampiran sungai. Banyak harta benda yang musnah serta binatang ternakan dan tanaman mati. Mereka yang terlibat seperti para petani akan mengalami kerugian besar.
Banjir
juga boleh mengancam nyawa. Ramai yang lemas kerana bermain dengan air banjir yang
alirannya deras dan dalam. Apatah lagi jika
mereka tidak tahu berenang.
Air
banjir yang keruh menghanyutkan pelbagai benda yang berbahaya seperti kayu tajam, tali dan sebagainya. Ada yang nahas kerana terlanggar atau terperangkap
dengan benda-benda yang dihanyutkan air deras ini. Air banjir juga tercemar
dengan pelbagai kotoran daripada air kumbahan, bangkai binatang dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebarkan penyakit. Justeru, janganlah mengambil air banjir untuk
diminum, apatah lagi jika tidak dimasak.
Oleh
itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik
jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.
1 ulasan:
karangan yang baik.Sye bole mngambilny sbagai contoh krangan sye...
Catat Ulasan