Surat Kiriman Rasmi: Memohon Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Perabot


Persatuan Alam Sekitar
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
28000 Temerloh,
Pahang.

________________________________________________________________________

Tuan Pengurus                                                                              Tarikh:    15 April 2012
Kilang Perabot TM Jaya Sdn. Bhd,
28000 Temerloh,
Pahang..

Tuan, 

Lawatan Sambil Belajar

Berhubung perkara di atas, saya, Siti Aishah bt Sahari, setiausaha Persatuan Alam Sekitar ingin memohon mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan. 

2.        Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk:
         i. melihat sendiri dengan lebih dekat proses perabot-perabot dihasilkan di kilang.
        ii. mengetahui jenis-jenis kayu yang sesuai yang sering digunakan untuk membuat perabot.
       iii. menambah ilmu pengetahuan tentang pembuatan perabot kayu.
       iv. mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk memelihara hutan dan alam sekitar.
Ini akan membantu kami dalam pelajaran terutama mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Pendidikan Alam Sekitar. 

3.        Kami memilih mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan kerana syarikat tuan amat terkenal dalam menghasilkan barangan perabot yang yang bermutu tinggi, tahan lama dan model yang menarik serta terkini. Selain itu, harganya pula amat berpatutan dengan kualiti barangan yang dihasilkan. 

4.        Untuk pengetahuan pihak tuan, ahli rombongan kami seramai 42 orang yang terdiri daripada 20 orang murid lelaki, 19 orang murid perempuan dan 3 orang guru pengiring. Butir-butir lawatan ini ialah seperti berikut:  
          Tarikh       : 19 April 2012 
          Masa         : 9.00 pagi 
          Kenderaan : Bas 

5.        Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dangan ucapan terima kasih.


Sekian, Terima Kasih.


Yang benar,

.....................................
(SITI AISHAH BT SAHARI)
Setiausaha Persatuan Alam Sekitar,
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
Temerloh, Pahang.

*** *** *** *** ***

Terima kasih.

Contoh Surat Kiriman Rasmi ini telah disalin oleh:

 Adik Puteri Alissa bt sharkawi dan Siti Aishah bt Sahari 

dari Sekolah Kebangsaan Seri Tualang pada 21 April 2012.

*** *** ***

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

Pengikut