Catatan: Jago Kampungku

Irfan menulis catatan tentang pengalamannya di kampung. Semasa di sana, Irfan seronok kerana banyak pemuda kampung yang mempelajari silat daripada datuknya. Irfan berhasrat untuk turut serta.

Jago Kampung

Sabtu, 10 Mac 2022

8:00 pagi

Pada pagi ini, aku sekeluarga bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Kami ingin menziarahi datuk dan nenek. Kami ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah. Aku sangat teruja kerana akan berpeluang melihat datuk dan pak usu mengajarkan silat di pekarangan rumah. Aku dan keluarga selamat tiba di kampung. Ketibaan kami telah disambut mesra oleh datuk dan nenek. Kami bertanyakan khabar mereka sambil berbual-bual mesra.


Ahad, 11 Mac 2022

9:00 pagi

Selepas sarapan pagi, aku berpeluang berbual-bual dengan pak usu. Aku bertanyakan pak usu tentang silat yang diajarnya. Pak usu memberitahuku bahawa silat ini bukan sahaja untuk menjaga keselamatan diri tetapi lebih banyak faedahnya lagi. Antara faedah lain mempelajari silat ialah menanam keyakinan diri, melatih diri untuk berdisiplin dan membina semangat setia kawan. 

9:00 malam

Selepas solat Isyak, aku berjalan dengan pak usu di kebun datuk di belakang rumah datuk. Tujuan kami ke sana untuk melihat pemandangan di kebun datuk di bawah sinaran bulan penuh. Tiba-tiba, kami terlihat satu lembaga yang mencurigakan sedang cuba menceroboh rumah jiran datuk. Lantas, kami segera pergi memberitahu orang-orang kampung untuk menangkapnya. 

9:30 malam

Kami dan penduduk kampung telah mengepung perompak itu agar tidak terlepas. Aku dan pak usu terlihat perompak itu sedang mencari jalan untuk melarikan diri. Pak usu dengan pantas mengejarnya. Pergelutanpun berlaku antara pak usu dan perompak itu. Akhirnya pak usu berjaya menewas dan menangkap perompak itu. Penduduk kampung bangga dengan keberanian dan ketangkasan pak usu lalu pak usu digelar jago kampung oleh penduduk kampung itu.


Isnin, 12 Mac 2022

10:00 pagi

Kami bersarapan dengan datuk dan nenek. Selepas itu, kami bersalam-salaman dengan mereka. Kami pun bertolak pulang. Aku pasti akan menziarahi datuk dan nenek lagi kerana banyak pengalaman yang aku peroleh

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

Pengikut