*** *** *** *** ***
Gotong-royong Menceria dan Mengindahkan SK Seri Tualang
Pada 9 Ogos 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan gotong-royong menceriakan dan mengindahkan kawasan sekolah. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid Tahun 4, 5, 6, guru-guru, pekerja, dan kakitangan sekolah.
Pada pukul 8.00 pagi, guru ko-korikulum kami iaitu Cikgu Razak telah memberikan taklimat kepada peserta tentang aktiviti yang akan dijalankan. Peserta telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh dua orang guru. Kumpulan pertama ditugaskan untuk mengecat pasu bunga dan menanam pokok bunga yang pelbagai jenis di sekitar kawasan sekolah. Antara pokok bunga yang perlu ditanam ialah pokok bunga kertas, orkid, bunga matahari dan lain-lain lagi. Mereka juga perlulah mengecat pasu-pasu bunga dengan warna-warna yang menarik.
Kumpulan kedua pula ditugaskan untuk membuat Taman Sains dan Hidroponik. Pelbagai jenis tanaman herba dan sayur-sayuran perlulah ditanam di taman ini seperti sireh, sawi, kacang botol dan lain-lain lagi.
Manakala, kumpulan ketiga pula perlu menyediakan pelbagai papan tanda khas. Antara papan tanda yang mestti disediakan ialah melabel nama pokok, nama bangunan dan nama taman.
Pada pukul 10.00 pagi, kami berehat dan menikmati minuman dan juadah kuih-muih di kantin sekolah. Juadah ini disediakan oleh pihak sekolah. Setengah jam kemudian, iaitu pada pukul 10.30 pagi, kami menyambung semula aktiviti gotong-royong itu.
Aktiviti menceria dan mengindahkan kawasan sekolah ditamatkan pada pukul 12.00 tengah hari setelah semua tugas selesai disiapkan oleh setiap kumpulan. Kini, SK Seri Tualang tampak lebih cantik dan ceria. Sebelum bersurai, murid-murid dan guru-guru dijemput menikmati makan tengah hari di kantin sekolah. Kami sungguh gembira kerana dapat menyertai aktiviti ini dan berharap aktiviti ini dapat diadakan lagi.

Laporan disediakan oleh, 21 OGOS 2009
......................................
(HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)
6 ulasan:
Ok, satu cubaan yg. bagus
karangan yang rinkas dan padat
boleh tahan jugaklah
boleh tahan tetapi ada kesalahan ejaanengok penutup.
Cerita ni baru best kak lebih isi terima kasih ya.
Not bad
Catat Ulasan