Pada cuti semester yang lalu, anda telah tinggal bersama-sama pakcik anda. Pakcik anda itu penoreh getah. Ceritakan kehidupan seharian pakcik anda itu dalam bentuk karangan.
Rangka Karangan :
Pendahuluan - rumahnya tidak jauh dari kebun getah
-setiap hari dia pergi menoreh
-pergi dengan berbasikal
Perenggan ke-2 - memakai topi berlampu
- dapat menoreh walaupun suasana masih gelap
- menoreh dengan pisau getah tajam
Perenggan ke-3 - selesai menoreh pukul 10
- sentiasa pastikan kebunnya terjaga
Perenggan ke-4 - menjual hasil seminggu sekali
- mengutip getah skrap dan dikumpulkan
- getah dijual
Penutup - dapat menanggung keluarga
- menanam tanaman lain dan ternakan sebagai sampingan
- bangga dengan sikapnya yang rajin
Pakcik saya seorang penoreh getah. Kebun getahnya terletak tidak berapa jauh dari rumahnya. Setiap pagi, sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang Subuh, dia akan segera ke kebun getahnya dengan menunggang sebuah basikal.
Sebelum menoreh, pakcik saya akan memakai topi yang berlampu suluh kerana keadaan waktu itu masih gelap. Dia menoreh dengan sebilah pisau getah yang sentiasa diasah tajam supaya kerjanya dapat dilakukan dengar lancar serta lebih banyak susu getah dapat dihasilkan.
Kerja-kerja menoreh itu selesai kira-kira pukul 10.00 pagi. Sebelum pulang ke rumah, pakcik saya akan memastikan kebunnya berkeadaan baik. Jika perlu, dia akan menebas dan sebagainya dahulu sebelum pulang ke rumah.
Kira-kira seminggu menoreh, pakcik saya akan menjual hasil kebunnya. Dia akan membawa guni atau baldi untuk mengutip getah skrap yang berlonggok di pangkal pokok-pokok getah, sebelum dikumpulkan di satu tempat sementara menunggu lori pembeli getah tiba.
Hasil daripada jualan getahnya itu, dapatlah pakcik saya menanggung perbelanjaan keluarganya. Selain menoreh getah, pakcik saya juga ada menanam sayur dan menternak kambing sebagai pendapatan sampingan. Saya sungguh bangga melihat kerajinan pakcik saya mencari nafkahnya seisi keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan