Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan. Dalam pertandingan itu anda telah mendapat tempat kedua. Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu. Anda ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya. Tulislah dialog anda selengkapnya.
(Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah)
Azman : Tahniah! Siva, kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
Siva : Terima kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar-pelajar
bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Azman : Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini. Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas
dan lancar. Bagaimanakah cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ?
Siva : Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku bahasa melayu yang bermutu. Di
samping itu, saya selalu mempelajari tatabahasa. Saya selalu membuka kamus untuk
mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri menggunakan
bahasa baku apabila membaca atau bercakap.
Azman : Kalau begitu, tidak hairanlah apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar
Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Saya malu, Siva!
Siva : Mengapa ?
Azman : Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu adalah
bahasa ibunda saya. Rupa-rupanya saya silap.
Siva : Baguslah, Azman, kalau kamu sudah sedar. Sama-samalah kita belajar menguasai Bahasa
Kebangsaan Negara kita.
Azman : Ya, baiklah, Siva...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan