Pada hari Sabtu yang lepas, aku dan rakan-rakanku pergi ke sekolah dengan menunggang basikal. Tujuan kami ke sekolah adalah untuk mengetahui keputusan UPSR yang akan diumumkan pada hari tersebut.
Sebaik sahaja sampai di sekolah, kami terus meletakkan basikal di tempat letak basikal. Kami berasa tidak sabar lagi untuk mengetahui keputusan UPSR lalu terus masuk ke dalam dewan sekolah. Di dewan, kami melihat ramai pelajar yang telah hadir. Tidak lama kemudian, Guru Besar sekolah kami mengumumkan keputusan UPSR.
Aku berasa sungguh gementar, apatah lagi apabila melihat pelbagai memek muka kawan-kawanku apabila keputusan UPSR mereka diumumkan seperti gembira, sedih, cemas dan lain-lain lagi. Sebaik sahaja namaku disebut, aku berasa sungguh gembira kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A.
Guru besar dan guru-guru lain mengucap tahniah kepadaku atas kejayaanku itu. Rakan-rakanku juga turut mengucap tahniah kepadaku. Aku mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajarku dengan penuh dedikasi serta tidak pernah mengenal erti penat dan putus asa. Aku berjanji, jasa dan bakti guru-guru akan diingati sehingga ke akhir hayatku.
Kemudian, aku dan rakan-rakanku pulang ke rumah masing-masing. Sebaik sahaja sampai di rumah, aku memberitahu ibu bapaku tentang keputusan peperiksaan UPSR yang aku peroleh. Ibu bapaku kelihatan amat gembira dengan keputusan itu dan mengucapkan tahniah kepadaku. Aku juga megucapkan terima kasih kepada ibu bapaku atas dorongan yang mereka berikan selama ini. Itulah kenangan manis yang tidak dapat aku lupakan dalam hidupku.
29 ulasan:
bagus sangat,tapi,takde satu pun karangan yang saya cari.karangan tentang belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
saya suka tengok kerangan seperti begini kerana saya lemah sikit dalam mata pelajaran ni ,kot2ada orang boleh bantu saya.
saya boleh bantu awak macam mana nak cemerlang dalam mata pelajaran BM ini,kita perlu selalu mengulang kaji pelajaran yang kita lemah, barulah kita boleh lulus. disini saya hendak tuliskan kata2 semangat untuk awak(USAHA TANGGA KEJAYAAN).semoga berjaya....
Maafkan saya. Saya cuma nak tanya bagaimana kah kita hendak membina ayat dan karangan yang
Betul dan mantap
Maafkan saya. Saya cuma nak tanya bagaimana kah kita hendak membina ayat dan karangan yang
Betul dan mantap
di sini saya nak share sesuatu!
saya baru dpt tahu cara2 nak dapatkan markah yg tinggi dalam bahagian B kertas 2...
1:pendahuluan yg sesuai dan menarik
2:isi yg mencukupi dan dihuraikan dgn sempurna
3:pembahagian perenggan yg sesuai(1 perenggan 1 isi)
4:disertai contoh yg berkaitan dgn isi
5:kelancaran bahasa
6:penutup yg sesuai
bagus tapi saya tak jumpa karangan yg saya nak ia itu kanpung saya
carilah dalam buku karangan kan banyak skrang ni....bermacam2 jenis karangan yg terdapat dalam buku tersebut
Xde Karagan yg saya cari.....!!!!
bagaimana UPSR BM nak mendapat A??
Bagaimana UPSR BM Penulisan Mendapat A??
saya ingin mencari karangan yang bertajuk seorang murid yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan upsr macam mana
Sama saya pun tak dapat cari karangan yg saya nak
Sama saya pun tak dapat cari karangan yg saya nak
Search lah kat google~
Ad berlambak lambak karangan.........
#miss_glam
Saya dapat cari... Tapi perenggan x cukup 6..... Huhuhuhu
Sekolah saya perenggan 6 yang ni 5 so saya kena cari idea lagi untuk tambahkan satu lagi atau pindah memindah je la
Sekolah saya perenggan 6 yang ni 5 so saya kena cari idea lagi untuk tambahkan satu lagi atau pindah memindah je la
Sekolah saya perenggan 6 yang ni 5 so saya kena cari idea lagi untuk tambahkan satu lagi atau pindah memindah je la
bukan ada banyak ke sebab upsr kan dah lama ada keluar???????:(....:(...
Akkk
Terima. kasih
Hok Aloh
kalau boleh buatlah karangan tentang peristiwa kenangan manis.
saya suka baca karangan apa2 dalam internet.ia boleh membantu saya untuk mendapat A dalam mata pelajaran BM Penulisanb.Cubalah kalu anda mahu barjaya.GOOD LUCK.
betil ke puteri intan?saya akan cuba.thank you kerana memberi tips dekat saya.Awak memang baik.....
saya pun dapat markah terbaik seperti 92,97
wahh....karangan yang bagus dan padat dgn isi-isi penting...karangan ni lah yg saya cari selama ini...TERIMA KASIH!!!!
Saya suka cerita in....
Catat Ulasan