Melengkapkan cerita: Membantu Mak Cik Nadia

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan .....

***   ***   ***   ***   ***

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan pulang, aku terdengar suara wanita menjerit. Rupa-rupanya beg tangan wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal. Apa yang mengejutkan aku, wanita itu ialah jiranku Mak Cik Nadia.

Aku terus mencatat nombor plat motosikal yang ditunggang oleh dua orang peragut tersebut. Aku memujuk Mak Cik Nadia supaya bersabar. Nasib baik Mak Cik Nadia tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Aku terus ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak polis. Tidak lama kemudian, beberapa orang polis datang. Mereka membawa aku dan Mak Cik Nadia ke balai polis untuk membuat laporan. Aku memberitahu nombor plat motosikal dan jenis motosikal peragut itu. Aku juga memberitahu yang mereka melarikan diri  ke Jalan Sulaiman. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.

Setelah beberapa jam, pihak polis berjaya memberkas dua orang lelaki tersebut. Pihak polis menghantar aku dan Mak Cik Nadia pulang ke rumah. Ibu bapaku berasa terkejut sebaik sahaja melihat aku keluar dari kereta polis. Pihak polis menceritakan kepada ibu bapaku apa yang terjadi.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cikgu,saya ingin bertanya macam mana tulis dengan baik seperti cikgu ya??

Tanpa Nama berkata...

Mcm tu laa...hehehe..gurau je.....

Tanpa Nama berkata...

Mcm tu laaa...hehehe gurau je...

Cikgu Fatin berkata...

Baca byk surat khabar..

MIRZA berkata...

cikgu,saya ingin bertanya macam mana tulis dengan baik seperti cikgu ya???

Tanpa Nama berkata...

Mcm tule weh...

Ummu Ihsan berkata...

jgn main main lah. ini untuk rujukan. bukan untuk main2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

Pengikut