Laporan: Pelancaran Kempen Bulan Membaca Sekolah Kebangsaan Seri Tualang.

Sekolah kamu telah mengadakan Kempen Bulan Membaca peringkat sekolah. Tuliskan laporan tentang pelancaran kempen tersebut.

***   ***   ***   ***   ***

Pelancaran Kempen Bulan Membaca Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

             Pada 25 Julai 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan "Kempen Bulan Membaca" peringkat sekolah. Pelancaran ini telah diadakan di dewan sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat membaca di kalangan murid-murid.

             Majlis pelancaran ini diadakan pada pukul 8.00 pagi. Majlis ini dimulakan dengan perhimpunan dan ucapan perasmian daripada guru besar sekolah kami iaitu Encik Awang Satip b. Mat Salleh.

             Pada pukul 8.45 pagi, pertandingan bercerita oleh murid-murid tahap 1 telah diadakan. Pertandingan bercerita ini telah dimenangi oleh Nurul Wahida. Selepas itu, pertandingan berpidato telah diadakan yang disertai oleh murid-murid tahap 2. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi.

             Kemudian, acara melepaskan belon yang tertulis "Mari Membaca" diadakan pada pukul 10.00 pagi sebagai tanda pelancaran kempen tersebut. Selepas itu, diikuti pula dengan pertandingan kuiz yang disertai oleh murid-murid tahap 1 dan 2. Bagi pelajar Tahap 1, pertandingan itu dimenangi oleh Siti Hajar, manakala pelajar Tahap 2 pula ia dimenangi oleh Husain.

             Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada pukul 11.30 pagi. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh guru besar sekolah kami kepada para pemenang. Selepas itu, murid-murid dijemput ke kantin sekolah untuk menikmati jamuan.

Laporan disediakan oleh,                                                                                                     27 Julai 2009

..........................................
(Shamsul b. Kamal)

13 ulasan:

Airin Shazana berkata...

Cikgu mcm mana nk buat karangan lebih baik...

Cikgu Siti berkata...

Kita kena banyak membaca seperti surat khabar supaya ayat kita lebih dramatis...bacalah cikgu doakan agar dpt keputusan yg cemerlang...

Nurrish berkata...

Oooh..begitu rupanya..thank you cikgu...

Faez Fauzan berkata...

Syg cikgu sangat

Cikgu Siti berkata...

Berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai kejayaan...

Hafeez berkata...

Cikgu kalau kita baca buku cerita bnyk2 blh ke.

Cikgu Siti berkata...

BLH KALAU buku itu bagus dgn ayat 2 yg dramatis..

Tanpa Nama berkata...

Haa okay !

Tanpa Nama berkata...

Doakan saya cikgu

Tanpa Nama berkata...

Berjaya:)

Tanpa Nama berkata...

Tumpang tanya cikgu ni ajar tahun brp. Knp karangan terlalu pendek. Tidak mempunyai isi yg bnyk

Unknown berkata...

Hmm .. Mcmna nk buat karangan jadi lbih cntik Dan dramatis ?

Unknown berkata...

Hmm .. Mcmna nk buat karangan jadi lbih cntik Dan dramatis ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

Pengikut