Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
No. 74, Taman Seri Merapoh,
27210 Merapoh,
Kuala Lipis,
Pahang. Darul Makmur.
26 Januari 2011
Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Sahabatku,
Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.
Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya akan segera bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya.
Selain itu, ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.
Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Merapoh pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota.
Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga.
Sahabatmu,
.............................
(Khairi bin Zaideen )
40 ulasan:
saya suka sangat karangan ini...
dan selesailah kerja saya..
keep it up!!!
Saya suka sangat karangan ni..
skrang siaplah kerja saya..
KEEP IT UP!!!
Kamu sekolah mana,adakah anda sekolah kebaangsaan seri anggerik
baguslah karangan ni
baguslah karanga nie.sekarang siaplah kerja saya(=
saya suka karangan ni lh siap lh krja sya nie...hehehehe...>>
bagus lah karangan ni ! saya suka sgt <3
senang untuk murid mencari maklumat ..saya sukakarangan ni
Karangan untuk menasihatkan adik tak der ke?
best karangan ni,siaplah keje sekolah saya,TQ :):):)
siapa yang baca karangan ni,sila layari laman web panitiabmskbt.blogspot.com,mungkin karangan ini copy dari laman web itu ataupun laman web itu copy dari sini.Sila dan saya mhon korang lihat sendiri
Penting sangat kah nak tahu siapa copy siapa....lagi banyak blog karangan macam ni lagi baik untuk kita buat rujukan....lagipun...dalam buku rujukan pun banyak karangan macam ni dan bentuknya pun seakan nak sama...so pilihlah mana kau orang nak guna sbg rujukan....
TQ admin....karangan yang baik...banyak membantu saya menulis karangan.
loloolollollololollololololo
my works done......
saya amat suka karangan ini
tamatlah kerja sekolah saya
Saya suka Karagan ini!!! Siaplah kerja sekolah says.. TQ.he he
Karangan ni bguslah . Siap pun.krja sye nk cri isi pnting
Karangan ni bagus.tapi karangan yg ditanya kakak tak de ke...he he
Terimakasih atas karangan. Ianya banyak membantu anak saya dlm menyediakakan latihan karangannya.
TQ... KEJE UMAH AKHIRNYA DAH SIAP!!! HOOREEYYY... :)
TQ... GEMBIRANYE DH SIAP KEJE...
KARANGAN NI BEST GILER... SAPE SETUJU???
BETUL TU 'SaYa CHoMeL' :)
best 100%
bagusnya
bagusnya
bagusnya
bagusnye karangan nie..abislah kerjaku..
Finally! Siap keje.. XD
I like this essay because it give me so much knowledge. I can finish my homework faster and easier. I like this essay.
this essay is cool. I can finish my homework faster.:p
Bagusnye karanggan ni
I like this essay
Comel?
Comel?
Best karangan ni skrg siaplah kerja saya takyah nk dikir fikir
This karangan is very good. Its help me a lot in my homework. So must KEEP IT UP!!!
RABIATUL ADAWIYAH AWK SKLH MN
SORRY TANYA
Assalamualaikum cikgu
Saya minta izin gunakan bahan cikgu ya.
Terima kasih.
Catat Ulasan