^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Kampung Dada Kering,
Kechau,
27200 Kuala Lipis,
Pahang.
___________________________________________________________________________
Encik Daud bin Ngah Derani,
Guru Kelas Tahun 6 Amanah,
Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak,
27200, Kuala Lipis,
Pahang. 14 Mei 2012
Tuan,
TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH
Saya Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, murid Tahun Enam Amanah tidak dapat hadir ke sekolah pada hari Isnin, 15 Mei 2012.
2. Hal ini demikian kerana saya terpaksa mengikut ibu bapa membawa nenek saya ke Hospital Besar Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan pada hari tersebut.
3. Saya dihantar oleh bapa saya untuk ke sekolah. Oleh yang demikian, tiada sesiapa yang dapat menghantar saya ke sekolah kerana bapa saya akan pergi ke Kuala Lumpur pada hari tersebut.

4. Untuk pengetahuan cikgu, saya anak tunggal dalam keluarga saya. Manakala, ibu bapa saya pula tidak pasti bila mereka akan sampai semula ke rumah setelah selesai urusan di hospital itu nanti. Saya khuatir kerana tiada sesiapa yang menemani saya di rumah apabila saya pulang dari sekolah nanti.
5. Kerjasama serta pertimbangan cikgu atas sebab-sebab yang saya berikan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Hasifzakwan
(HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
2 ulasan:
sangat bermanfaat untuk para calon UPSR sebagai latihan ...tqvm
Panduan menulis surat ini amat berguna kepada semua. Baik kepada pelajar malah penjaga mereka untuk mengarang surat rasmi.
Diharap dapat lagi menulis lebih lagi info yang berkaitan
Panduan Terkini Malaysia
Catat Ulasan