Anda selaku ketua darjah diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan untuk murid-murid Tahun Enam.
____________________________________________________________________________
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.
Hadirin sekalian,
Sudah hampir 6 tahun kami berada di sekolah ini. Jika menghitung hari persekolahan, bermakna tinggal 6 hari lagi kami menjadi warga sekolah ini. Justeru, kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru dan adik-adik yang dikasihi walaupun kami masih terlalu sayang untuk meninggalkan sekolah ini.
Kami amat menghargai akan jasa guru-guru di sekolah ini yang mendidik kami dengan penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang. Dengan didikan dan bimbingan gurulah kami telah tahu membaca, menulis, dan megira. Kami akan sentiasa mengingati pesanan guru-guru yang ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat dan negara.
Hadirin sekalian .
Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami membalasnya. Hanya doa untuk kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala jasa guru-guru itu. Kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah nanti.
Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru curahkan kepada kami. Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa meniggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti guru-guru akan kami kenang sehingga akhir hayat kami.
Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada saya;
Ramai orang menanam padi,
Padi ditanam hingga ke seberang,
Banyak budi perkara budi,
Budimu guru dikenang orang.
Sekian, terima kasih.
_____________________________________________________________________________
Terima kasih.
Contoh Ucapan ini telah disalin oleh:
Adik Adli & Afiq
dari Sekolah Kebangsaan Seri Tualang pada 21 April 2012.
26 ulasan:
karangan macam setan
bagus karangannye
tanpa nama yg pertama tu kalau x suka x payah lah nak kutuk bagai
bagus...
Bagus karangan ini.Saya megucap syabas kepada orang yang buat krangan ini.Saya dapat hadiah daripada ckigu.(YANG TANPA NAMA YANG PERTAMA TU GAK GAK LAH SIKIT)
YANG TANPA NAMA YANG FIRST TU...X PAYH LA NK CAKAP CAM 2..KALAU X PUAS HATI DENGAN KARANGAN 2...PENDAM KAN JA DALAM HATI....
tanpa nama tu... kalau suruh buat karangan sendiri baru tau,,boleh ke..dah la bahasanya kasar...dalam karangan, lagi, lagi. lagi...le terok...
k,bagus,... akan ku cuba ingatkan cikit2 ulasannyaaa... entah2 msk dlm UPSR... senanglah.. hrp2 masuk... amin!!!!!
TAHNIAH KEPADA PEMBUAT KARANGAN INI.KARANGAN INI SANGAT BAGUS UNTUK SEMUA CALON-CALON AKAN MENGHADAPI UPSR.SAYA MENDOAKAN CALON-CALON UPSR AKAN MENDAPAT 5A INSYAALAH ANDA SEMUA BOLEH...
karangan yg bagus ....hebat ..nanti buat la karangan lain pula ya saya mahu baca ...tentu lagi menarik
yg "tanpa nama yg 1 tu ...mulut 2 jaga sikit, jgn jahat sangat ,sakit pulA nanti hati penulis karangan 2..kesian dia ...apapun karangan awak adalah yg terbaik dalam BLOGGER nie...hiehehi..insyaallah...kepada calon -calon UPSR 2 harap -harap dapat 5 a...aminn........
saya amat suka denagn ucapan ini..tanpa nama yg satu tu.. #terbaik
maksud saya tanpa nama yg satu tu..jaga lah sikit mulut.. terbaik untuk penulis.. saya suka sangat.. lain kali buat lagi lah..tak sabar nak baca
HARAM JADAH KOMEN TANPA NAMA YANG PERTAMA !!
Terbaek la.. karangan mantap.. thanks helping sya utk wat karangan nie..
Thanks help me for my homework...... Doakanlah saya supaya berjaya dlm UPSR....
bagus.saya suka.
terima kasih
terima kasih adik afiq dan adli
Agak-agak lah kau kalau cakap tu dosa tau.....
Jaga mulut orang yang pertama tu........orang benci baru kau tahu........
Oii mulut tu tiada insuran ker nak cakap......... tak baik tau cam tu..... jahat punya mulut jaga sikitlah mulut tu.....
Mulut tak boleh jaga.macamlah kau punya bagus
Mulut tu jaga2 la sikit nanti aku tampar mulut tu berterabur gigi
Oke ramai comment pasal tanpa nama yg pertama tuh.
Yang tanpa nama yang pertam tu tolonglah jaga bahasa sikit!!!
saya ingat karangan awak lagi teruk sebab bahasa pun teruk!!!
BTW karangan memang best !!!
bagus tapi taksuke tu takyah nak kutuk orang kan tak baik
Catat Ulasan