Cerita: Langgar lari

Pada suatu petang, aku dan dan jiranku Amin bermain layang-layang di tengah padang di hadapan rumahku. Aku ingin mencuba layang-layang yang baru dibeli oleh ayah semalam. Kebetulan pula waktu itu cuaca cerah dengan angin bertiup kuat, tentu amat sesuai untuk bermain layang-layang.

Sedang kami leka berusaha menaikkan layang-layang tersebut, tiba-tiba kedengaran satu jeritan di tengah jalan raya. Aku menoleh dan mendapati seorang nenek telah jatuh terjelepok di tepi jalan. Manakala, sebuah motosikal pula memecut laju meninggalkan tempat itu.

Tanpa berlengah, kami pun berlari ke arah nenek itu. Kami segera cuba membantunya bangun tetapi dia menghalangnya. Beberapa tompok darah kelihatan di atas jalan raya. Kasihan sungguh melihat lutut dan siku tercedera hingga mengalirkan darah. Kedengaran nenek itu mengerang kerana tidak tertahan menahan sakit.

Aku meminta Amin mengutip barang-barang nenek yang bertaburan, sementara aku pulang ke rumah untuk memberitahu keluargaku tentang kejadian tersebut. Setelah melihat keadaan nenek itu, ayahku segera menelefon ambulan bagi membawanya ke hospital.

Kemudian, ayah dan beberapa orang lagi jiran kami memapah nenek itu ke tempat yang lebih selamat. Kira-kira 20 minit kemudian, ambulan pun tiba. Sebelum bertolak ke hospital, nenek itu sempat mengucapkan terima kasih kepada kami semua.

Selepas itu, aku dan Amin kembali bermain layang-layang semula. Aku berasa bangga kerana dapat menolong nenek itu. Bagaimanapun, hatiku juga berasa sedih atas sikap yang tidak bertanggungjawab orang yang melanggar nenek ini. Walaupun dia mungkin tidak sengaja tetapi mengapa dia membiarkan sahaja nenek ini tanpa belas kasihan. Sepatutnnya kita haruslah bertanggungjawab atas setiap kesilapan yang telah kita lakukan. Cuba bayangkan jika diri atau keluarga sendiri diperlakukan sedemikian. Apakah perasaan kita? Adakah kita suka?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang yang melanggar nenek itu tidak berhati perut

Tanpa Nama berkata...

pada suatu hari,,saya dan kawan saya telah pergi ke perpustakaan...Ketika itu,saya dan kawan saya membaca buku cerita bersama kawanku..tiba-tiba,,,saya telah mendengar salah seorang daripada kawanku..telah menjerit kerana sakit perut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

Pengikut