Catatan: Bercuti di Melaka



Rumah Rehat Hasidi

Baru-baru ini, keluarga kamu bercuti di satu tempat menarik. Tulis satu catatan tentang percutian itu.

Sabtu, 2 Februari 2014
6.00 pagi -Kami bersiap-siap untuk pergi bercuti ke Melaka. Selepas solat Subuh, kami bergotong-royong mengangkat barang-barang ke dalam kereta. Kami akan menginap di sebuah 'homestay' yang saya cadangkan kepada keluarga setelah saya membaca iklannya di laman web http://hasidihomestay.blogspot.com/.

7.00 pagi -Mula bertolak dari rumah kami di Temerloh ke Melaka dengan menaiki kereta Exora ayah. Ayah memandu dengan tenang menuju ke lebuh Raya Pantai Timur. Kami menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan tersebut sambil berbual-bual bersama keluarga.

8.30 pagi -Singgah di Genting Sempah untuk bersarapan pagi. Cuaca di sini cerah tetapi masih kelihatan kabus berada di lereng-lereng bukit. Gembira rasanya bersarapan di sini dengan udaranya yang agak sejuk, segar dan nyaman.

9.15 pagi -Meneruskan perjalanan ke Melaka dengan melalui Kota Raya Kuala Lumpur. Seronok melihat bangunan tinggi mencakar langit dan jalan raya yang bersimpang-siur.

11.30 pagi -Singgah di RnR Seremban untuk makan tengah hari. Keadaan lebih sibuk di sini kerana ramai yang berhenti rehat dan sebagainya. Kami terpaksa beratur panjang untuk membeli makanan.

01.00 petang -Tiba di Rumah Rehat Hasidi tempat penginapan kami. Rumah rehat ini bersih, kemas dan selesa untuk keluarga kami yang seramai tujuh orang bercuti. Antara kemudahan yang disediakan di rumah rehat ini ialah televisyen dengan siaran astro, 3 buah bilik berpendingin hawa, peti sejuk, meja makan, seterika dan lain-lain lagi. Saya gembira dapat menginap di rumah rehat ini.

3.30 petang -Setelah berehat dan solat Zohor, ayah mengajak kami ke 'Melaka Cruise River' di Bandar Raya Melaka. Saya sungguh teruja dan gembira kerana pertama kali menaiki 'Cruise River' yang menyusuri Sungai Melaka yang bersejarah.

5.00 petang -Ayah memandu kereta ke Bandar Hilir Melaka. Saya sungguh tertarik melihat reka bentuk bangunan lama di bandar itu. Kemudian, kami singgah sebentar di Tugu A-famosa untuk melihat peninggalan sejarah. Kami mengambil beberapa keping gambar di situ sebagai kenang-kenangan.

7.00 malam -Kami singgah di sebuah restoran untuk makan malam. Ayah memesan beberapa jenis makanan yang lazat untuk kami sekeluarga pada malam itu.

8.00 malam -Kami balik semula ke Rumah Rehat Hasidi untuk berehat. Setelah mandi dan solat, kami berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen dan berbual-bual.

10.00 malam -Masuk ke bilik masing-masing untuk tidur kerana keletihan. Udara yang sejuk dan segar daripada pendingin hawa serta tilam yang empuk di bilik tersebut menyebabkan saya tidur dengan lena hingga ke pagi.

Ahad, 3 Februari 2014
6.00 pagi -Bangun tidur, solat Subuh dan menyiapkan diri. Ibu telah menyediakan hidangan sarapan pagi yang dimasaknya sendiri di rumah rehat tersebut. Kelengkapan dapur yang agak sempurna di rumah rehat ini membolehkan ibu memasak sendiri untuk menjimatkan perbelanjaan.

9.00 pagi -Menuju ke 'Afamosa Resort' untuk mandi-manda. Saya berasa tidak sabar untuk mandi-manda bersama keluarga di sana. Setibanya di situ, saya berasa sungguh kagum melihat kolam renangnya yang dilengkapi dengan pelbagai gelunsur air yang pelbagai rupa. Tanpa berlengah, kami terus mandi sambil mencuba beberapa gelunsur air di kolam renang tersebut.

1.00 petang -Kami makan tengah hari di sebuah restoran di bandar Tampin, Negeri Sembilan. Saya sungguh berselera makan nasi berlaukkan gulai lemak ikan sembilan di restoran tersebut.

2.00 petang -Bertolak dari bandar Tampin untuk balik ke Temerloh melalui jalan raya biasa. Sepanjang perjalanan, kami melalui beberapa buah kampung, hutan, ladang kelapa sawit dan ladang getah. Saya tertidur dalam perjalanan tersebut kerana keletihan.

4.30 petang -Solat di Masjid Bandar Kerayong sebelum minum petang di sebuah restoran di bandar tersebut.

6.00 petang -Tiba di rumah di Temerloh. Bergotong-royong mengangkat dan mengemas barang-barang sebelum mandi. Percutian kali ini sangat menyeronokkan kerana saya telah berpeluang melancong ke beberapa tempat yang belum pernah saya kunjungi bersama keluarga tersayang.

3 ulasan:

Wan berkata...

Tumpang tanya, Rumah Rehat Hasidi ni berapa rate untuk semalaman?

Terima Kasih

Tanpa Nama berkata...

RM180

Unknown berkata...

Duhdghxdjdv

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

Pengikut