Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.
Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih garamtis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.
Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian.
Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.
Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.
15 ulasan:
terima kasih sgt2 atas contoh karangan iniyh~!sudah lama saya mencari...terima kasih banyak2
mmmmm,,,, kan bagus kalau buat dlm dialog hehe
terima kasih untuk menulis karangan yang bagus.keep it up.
sayan sangat suka karangan niiii!!!
KEEP IT UP~~
Terima kasih banyak-banyak...... Harap blogger akan terbit banyak lagi karangan dan soalan ramalan!
terima kasih sangat kerana setiap hari saya membaca karanganini setiap hari 10 minit kerana karangan ini juga lah saya lulus ujian karangan
terima kasih saya boleh guna karangan ni untuk mengulang kaji plajaran doakan saya mendapat 5A dalam UPSR thun 2012 ni (^-^)
sya hrap sya lulus ujian karangan untuk akhir tahun ni. trima ksih bnyak2 untuk karangan ni!
very good essay!it is very useful to me.Hope i get 7 As for my upsr this year,(2012)
thank you for your beautiful essay.make more essay that more nice!
Selamat ada contoh karangan ni dah lah masuk pertandingan mengarang harap-harap lah berjaya boleh dapat hadiah.maklum lah nak masuk dah cikgu yang pilih kalau menang dapat hadiah yang lumayan best.terima kasih kepada karangan ni.:-D.
Tengah buat keje sekolah banyak sangat . . . . . .untung ada internet
terima kasih banyak2...karangan yang mantop.....
terima kasih sebab bgi krgn fakta ni klu x mmg dk kena mrhlh ngan cikgu kikikikikiikikik....
bagus karangan ni.. thanks banyak2..
Catat Ulasan