Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca

Kebaikan-kebaikan Membaca

Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.

Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Keadaan ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.

Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.

Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Pengajaran dan pengalaman ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian.  

Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.

Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran yang menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.

37 ulasan:

anisgilos berkata...

terima kasih sgt2 atas contoh karangan iniyh~!sudah lama saya mencari...terima kasih banyak2

Tanpa Nama berkata...

mmmmm,,,, kan bagus kalau buat dlm dialog hehe

Tanpa Nama berkata...

terima kasih untuk menulis karangan yang bagus.keep it up.

Rabiatul Adawiyah berkata...

sayan sangat suka karangan niiii!!!
KEEP IT UP~~

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih banyak-banyak...... Harap blogger akan terbit banyak lagi karangan dan soalan ramalan!

Tanpa Nama berkata...

terima kasih sangat kerana setiap hari saya membaca karanganini setiap hari 10 minit kerana karangan ini juga lah saya lulus ujian karangan

Tanpa Nama berkata...

terima kasih saya boleh guna karangan ni untuk mengulang kaji plajaran doakan saya mendapat 5A dalam UPSR thun 2012 ni (^-^)

Tanpa Nama berkata...

sya hrap sya lulus ujian karangan untuk akhir tahun ni. trima ksih bnyak2 untuk karangan ni!

Tanpa Nama berkata...

very good essay!it is very useful to me.Hope i get 7 As for my upsr this year,(2012)

Tanpa Nama berkata...

thank you for your beautiful essay.make more essay that more nice!

Tanpa Nama berkata...

Selamat ada contoh karangan ni dah lah masuk pertandingan mengarang harap-harap lah berjaya boleh dapat hadiah.maklum lah nak masuk dah cikgu yang pilih kalau menang dapat hadiah yang lumayan best.terima kasih kepada karangan ni.:-D.

Tanpa Nama berkata...

Tengah buat keje sekolah banyak sangat . . . . . .untung ada internet

Tanpa Nama berkata...

terima kasih banyak2...karangan yang mantop.....

Tanpa Nama berkata...

terima kasih sebab bgi krgn fakta ni klu x mmg dk kena mrhlh ngan cikgu kikikikikiikikik....

Tanpa Nama berkata...

bagus karangan ni.. thanks banyak2..

Tanpa Nama berkata...

boleh laaaaaaaaaaa karangan ni,tapi agak slungggggg nahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Terima kasihhh . Karangan ini sangat membantuuu . :-)

Tanpa Nama berkata...

SAYA BERHARAP MENDAPAT 5A DALAM UPSR !!!!!!INSYAALLAH

abigail shamma berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
abigail shamma berkata...

thx 4 tis essay.itreally helps me a lot
:)

abigail shamma berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

kesalahan ejaan= garamtis. sepatutnya gramatis ;)

Tanpa Nama berkata...

Berapa perkataan

Tanpa Nama berkata...

memang mantap

Tanpa Nama berkata...

very nice
i glad to read this essay

Tanpa Nama berkata...

terima kasih saya suka sangay

nurul afiqah berkata...

Saya berharap agar karangan ini dapat menjadi bekal untuk saya menjawab soalan sebenar upsr.tolong doakan saya semoga dapat 5Adlm peperiksaan UPSR.ingat....jika kita mempermudahkan urusan org maka allah mempermudahkan urusan kita semula

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih, telah membantu saya membuat rujukan. Semoga allah membalas jasa Cikgu..........

Tanpa Nama berkata...

Nice. Nasib baek ade ni....kalau x......sok kene mara oleh cikgu

Unknown berkata...

tqvm ... cause help me in oral pt3 hehe ...

ain natasha berkata...

Mnrk.

ain qistina berkata...

Saya berharap akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
Doakan Saya Mendapat 5A dalam UPSR .
Terima kasih cikgu kerana karangan ini dapat memberi rujukan kepada Saya sebelum UPSR tiba.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih boleh tak letak arahan soalan sekali.?

Ahmad Sirhan berkata...

tq,sebab karangan ni lahh...saya tak kene rotan degan cikgu saya.macam mana pun karangan ni banyak mengajar saya tentang apa pentingnya.tq

Qila EY berkata...

tq.

Unknown berkata...

BAIK

Unknown berkata...

ĸαrαngαn ιnι ѕngт вαgυѕ.... тerιмα ĸαѕιн.. нrαp нαrαp dpт 6A dlм UPSR


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

Pengikut