Syarahan: Faedah-faedah Kitar Semula.

Faedah-faedah Kitar Semula.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Faedah-faedah Kitar Semula".

Hadirin sekalian,

Pelbagai bahan terbuang seperti tin minuman, surat khabar dan sebagainya boleh dikitar semula menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh yang demikian, kita seharusnya tidak membuang bahan-bahan yang telah digunakan tersebut begitu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas yang diperbuat daripada plastik, kaca atau alaminium yang telah digunakan boleh dikumpul dan dijual semula untuk diproses menjadi bahan baharu.

Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung akan juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Ini akan dapat mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk berlonggokan di sana-sini yang menyakitkan mata. Kesannya alam sekitar kita menjadi lebih bersih, berudara segar dan dapat mengurangkan masalah kesihatan kita semua.

Hadirin sekalian,

Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak akan membantu menampung perbelanjaan kita seharian.

Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan kawasan yang luas bagi tujuan perlupusan sampah-sarap. Dengan kitar semula, kita dapat menjimatkan ruang kawasan perlupusan sampah. Kawasan itu sebaliknya boleh dibangunkan untuk perkara lain seperti dijadikan kawasan perumahan dan sebagainya.

Oleh sebab itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barang-barang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama mengitar semula bahan-bahan yang kita telah digunakan dengan mengumpul barang-barang tersebut supaya dapat dikitar semula menjadi bahan yang lebih berfaedah serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huh -.-

Tanpa Nama berkata...

ingat bagus sangat ke -.-

Tanpa Nama berkata...

dah bagus la dia buat karangan bodoh

Tanpa Nama berkata...

sial

Tanpa Nama berkata...

bagus jugak karangan ni

Tanpa Nama berkata...

hahahaha syarahan ni memang terbaik sesuai untuk aku nak perpidator kat kelas nanti

Tanpa Nama berkata...

Kurang ajarnye.....aq letih2 bina syarahan ini kau ckp bodoh eh????jaga adab yaaa kau tu mentang2 hantar emel tanpa nama kau igt polis xleh siasat ke???hah????

Tanpa Nama berkata...

hoi,ape gduh2 nie.x baik.tuhan marah...korg x malu eh gduh2?

Tanpa Nama berkata...

Sangat bagus karangan ini

Tanpa Nama berkata...

x best pun karangan ni.
huhuhuhu

irdina6a berkata...

Dah lah jgn gadoh... Kita ni sebagai rakyat malaysia...

irdina6a berkata...

Dah lah jgn gadoh... Kita ni sebagai rakyat malaysia...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

Pengikut