Laporan: Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-47
Setiap tahun negara kita akan mengadakan sambutan hari kemerdekaan negara bagi mengingati detik bersejarah yang amat berharga kepada semua rakyat Malaysia. Pada tahun ini iaitu tahun 2004, sambutan Hari Kemerdekaan Negera bertempat di Kuantan, Pahang. Sambutan tersebut diadakan pada tarikh 31 Ogos, bersempena hari kemerdekaan negera. Ramai yang datang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama untuk meraikan hari yang bersejarah tersebut.
Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menanam perasaan cinta rakyat Malaysia terhadap Negara. Kemerdekaan daripada penjajahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai pahlawan terpaksa berkorban harta dan nyawa bagi memastikan negara terlepas daripada belengu penjajahan yang menyeksakan. Oleh itu sewajarnyalah kita berganding bahu agar negara kita terus maju, aman dan harmoni.
Pada tahun ini saya amat gembira kerana pertama kali berpeluang menyaksikan sendiri sambutan itu di Kuantan. Sambutan itu bermula tepat pada pukul 8.00 pagi dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang. Serentak dengan upacara tersebut, semua hadirin berdiri tegak dan menyanyi lagu 'Negaraku' dengan penuh bersemangat. Apatah lagi apabila nyanyian keramat itu disemarakkan dengan alunan muzik yang dimainkan oleh sebuah pasukan pancaragam. Kemudian, hadirin menyanyikan beberapa lagu patriotik antaranya ialah lagu 'Malaysia Jaya', 'Malaysia Maju', dan 'Keranamu Malaysia'. Menarik sekali melihat mereka menyanyikan lagu-lagu tersebut sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
Selepas itu perbarisan lintas hormat telah diadakan pada pukul 9.00 pagi oleh murid-murid sekolah, kaki tangan kerajaan, pihak swasta dan lain-lain lagi. Upacara perbarisan ini bertambah menarik dengan munculnya kenderaan-kenseraan pasukan keselamatan negara kita seperti bomba, polis dan tentera serta pelbagai kenderaan yang dihias cantik dengan Bendera Jalur Gemilang dan sebagainya. Semua peserta perbarisan mengibarkan bendera Jalur Gemilang semasa perbarisan tersebut. Lebih menarik lagi apabila serentak dengan upacara tersebut, penerbangan lintas hormat oleh beberapa buah helikopter dan jet pejuang negara kita turut diadakan.
Pada pukul 11.00 pagi, upacara penutup telah diadakan. Saya berasa amat bertuah kerana pada tahun ini saya berpeluang menghadiri Sambutan hari Kemerdekaan yang sungguh meriah. Saya berharap agar sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan dengan lebih meriah lagi pada tahun hadapan. "Saya berasa bangga menjadi Warga Negara Malaysia".
Laporan desediakan oleh, 6 September 2004
..................................
(NUR SYHIRAH BINTI ABU BAKAR)
3 ulasan:
Bosan
Bau jolop
Yeasaaaaaaaaaaanh
Catat Ulasan