Anda
baru berpindah ke tempat baharu di sebelah pantai timur. Tulis sepucuk surat
kepada kawan lama anda untuk menceritakan pengalaman baru di sana.
_________________________________________________________________________
Rangka karangan
Pendahuluan
-Alamat pengirim
-Tarikh
-Kata-kata aluan dan bertanya khabar
Isi utama
1. menceritakan pekerjaan utama masyarakat sebagai nelayan sebagaipunca rezeki
2. berpeluang mempelajari selok-belok tentang kehidupan nelayan, pergi kepantai untuk melihat nelayan pergi dan pulang
3. masyarakat yang ramah dan selalu senyum, mudah mendapat kawan, satu sekolah dengan dengan saya
4. sekolah berhampiran dengan rumah, tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, sering membantu rakan-rakan, guru sering memberi nasihatdan peransang
Penutup
- menjemput rakan untuk bercuti
______________________________________________________________________________
No.
13,
Kampung Nelayan,
Kuantan, Pahang.
Kampung Nelayan,
Kuantan, Pahang.
30
April 2012
Assalamualaikum,
Menemui sahabatku Talib yang ku rindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman baru saya.
Menemui sahabatku Talib yang ku rindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman baru saya.
Di
sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat di
sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan
rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai.
Keadaan ini membuka peluang untuk saya mempelajari tentang selok-belok kehidupan nelayan. Saya selalu pergi ke pantai pada waktu pagi semasa cuti sekolah untuk melihat
nelayan-nelayan pergi ke laut . Pada sebelah petangnya pula saya menunggu
nelayan-nelayan pulang dengan pelbagai hasil tangkapan laut yang segar.
Masyarakat di sini ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Di sekolah, saya
mudah mendapat kawan-kawan baru. Mereka cepat mesra dan sering membantu saya untuk memahami loghat Pahang.
Untuk
pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah saya. Di
sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, malah saya sering membantu
rakan-rakan yang lemah. Guru-guru di sini juga baik-baik belaka dan selalu
memberi nasihat dan peransang kepada saya.
Akhir
sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa menanti
kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap anda sudi
membalas surat saya dan bercuti di sini.
Sahabatmu
Amirull
_______________________________________________________________________________
4 ulasan:
Ianya sangat memuaskan
Saya sukakan BOGGER kamu
Yeah saya dah berjaya membuat blog
Terbaik boss
Terbaik boss
Catat Ulasan