Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum
Kegiatan kokurikulum mempunyai banyak faaedahnya. Kegiatan ini diadakan pada sebelah petang selepas waktu persekolahan agar tidak mengganggu masa belajar. Antara kegiatan kokurikulum yang diadakan seperti unit pakaian seragam, persatuan, sukan dan lain-lain lagi.
Kegiatan kokurikulum dapat menonjolkan bakat dan kebolehan murid-murid. Murid-murid dapat mengembangkan bakat mereka dalam pertandingan syarahan, perbahasan, sukan, berpantun dan sebagainya. Oleh itu, murid-muird akan lebih berkeyakinan.
Selain itu, aktiviti kokurikulum dapat melatih murid-murid berdisiplin terutama dalam unit pakaian seragam. Dalam aktiviti ini, murid-murid dilatih untuk berkawal, menghormati ketua dan menyemai semangat setia kawan.
Di samping itu, kegiatan kokurikulum dapat mewujudkan semangat kerjasama dan tolong menolong di kalangan murid-murid. Kegiatan ini dijalankan secara berkumpulan. Dalam kumpulan, para anggotanya perlu bekerjasama dan bersatu padu.
Seterusnya, aktiviti kokurikulum juga dapat mengisi masa lapang. Aktiviti ini dapat mengelakkan kita daripada gejala sosial yang tidak sihat seperti merokok, merempit, menghisap dadah dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, tanamkan sikap ingin menyertai kegiatan kokurikulum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan