Ucapan: Ucapan Perpisahan daripada Wakil Murid kepada Guru yang akan Berpindah Sekolah.

Soalan

Guru kelas anda akan berpindah ke sekolah lain. Dalam satu majlis perpisahan, anda diminta menyampaikan sebuah ucapan. Sediakan ucapan itu selengkapnya.

____________________________________________________

Ucapan  Perpisahan daripada Wakil Murid kepada Guru yang akan Berpindah Sekolah.

Yang Berusaha En. Abdullah bin Ahmad, Guru Besar SK Seri Tualang, Yang Dihormati guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Terima kasih kepada Pengerusi Majlis kerana memberikan kesempatan ini kepada saya untuk berucap dalam majlis ini.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Sebagaimana yang kita maklum, majlis ini merupakan majlis perpisahan bagi Cikgu Mashitah. Setelah 10 tahun beliau mengajar di sekolah ini, kini beliau akan berpindah ke sekolah lain.

Saya mewakili murid-murid sekolah ini merakamkan rasa sedih kerana Cikgu Mashitah akan meninggalkan sekolah ini.

Justeru, saya dan murid-murid sekolah ini mengucapkan ribuah terima kasih kepada Cikgu Mashitah kerana telah mengajar kami sehingga kami mengenal erti kehidupan. Jasa cikgu akan kami kenang dan hanya Allah yang akan membalasnya.

Pada kesempatan ini juga, saya mewakili murid-murid sekolah ini memohon maaf daripada Cikgu Mashitah jika terdapat salah dan silap kami sepanjang Cikgu Mashitah mengajar di sekolah ini. Kami berjanji untuk menjadi warganegara yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. 

Saya mewakili murid-murid sekolah ini mengucapkan selamat berpisah kepada Cikgu mashitah. Semoga Cikgu Mashitah terus gembira dan berjaya di sekolah baru. 

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun;


Dari mana hendak ke mana,

Tinggi rumput daripada padi,

Hari mana bulan yang mana,

Dapat kita berjumpa lagi.


Sekian, terima kasih.  

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

Pengikut