Tulis sebuah karangan bertajuk "Berjimat-cermat Amalan Mulia".
Berjimat-cermat Amalan Mulia
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang dimiliki untuk perkara-perkara yang kita perlukan sahaja tanpa pembaziran.
Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang simpanan itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya.
Selain itu, sikap berjimat-cermat akan mendidik seseorang agar sentiasa berfikir panjang sebelum membuat pembelian. Sikap ini dapat mengelakkan daripada pembelian yang sebenarnya tidak diperlukan yang akhirnya menyebabkan pembaziran.
Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Hal ini berlaku demikian kerana, orang yang boros berbelanja biasanya tidak berfikir panjang. Mereka akan sanggup berhutang demi mendapatkan apa yang dihajatinya. Akhirnya, mereka terjerat dengan bebanan hutang yang akan menyusahkan mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan masa lapang kita diisi dengankan aktiviti yang berfaedah. Ini dapat mengelakkan kita daripada membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang merugikan.
Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin udara dan sebagainya selepas digunakan. Akhirnya, amalan ini menjadi sebati dalam diri yang menjadi amalan hidup mereka.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita daripada ditimpa pelbagai masalah dikemudian hari.
44 ulasan:
Kita mestilah aentisa berjimat cermat agar hidup menjadisenang
Dahla tak reti mangeja
Boleh la.ada juga isi
Blh lh..
boleh tahan jugalah.. tqvm
ok
nilai dari kecil
hem bosanlah tapi bolehlah
best la karangan ni
Best la krgn nya
Dak bosan baca betul la kita msty berjimat cermat amln hemah
wow ,,:-) ;-)
Ya ka
Saya sokong
Terima kasih😊
thankz...isi dan huraian yg lengkap.... lain kali buat lah banyak lagi... karangan yg mcm ni... byee...
Karangan ini banyak menolong dan sangat bagus
Best nya karangan ni banyak isi
Karangan banyak isi boleh dapat A+ dan karangan yang amat bagus dan kita mesti berjimat cermat ok Ooi
Betul tu
Yes i sokong u
Ya la betul
Saye suke,saye suke..hehehe..jdi meimei pulk....
Betul3...sya pun suka karangan ini...isinya pun bagus...bolehlah buat latihan banyak-banyak..
apa ini karangan hayyo
Betul
tu. Dari segi ejaan kita boleh perbaiki. Takkanlahtak tahu apa perkataan yang dia tulis tu
Rangka karangan tak de ke?
Alhamdulilah, thank you very muchh. Karangan ini dapat jadi contoh yg terbaik untuk upsr yg bakal tiba. Doakan saya. 9/9/14
ape bising2 nier!
Tq ....nasib ade ...esok dh UPSR !!!!
Tq ....nasib ade ...esok dh UPSR !!!!
Terima kasih atas maklumat yg sgt berguna.
saya suka akan karangan dalam blogger ini .Doakan saya untuk UPSR pada tahun 2014 ini.
Karangan yg sungguh menarik
Tlg doakan kejayaan saya dlm upsr dan psra 2014
Not bad laaaa
Thats right
Ok jgk tp mcm krg isi skt?
Sy suka tp mcm krng isi skt?
Pergi mampus.Bodo karagn
Kurang huraian...tak dramatis..perlu selitkan peribahasa...
berjimat dengan mykad kita pun boleh http://dinarexcel.com
alhamdulillah....mujur ade blog nie !! thank you
Baguslah.Saya hendak salin syarahan ini.terima kasih
Memanglah karangan macam itu sebab nama pun untuk budak sekolah rendah😒 yang korang maki2 dah kenapa?
Catat Ulasan